BENTUK seperti manusia yang dilihat terapung diruang angkasa Kitwe, Zambia |
Kitwe: Satu bentuk menyerupai manusia yang muncul di langit
di Zambia menyebabkan sebahagian penduduk yang melihatnya bertempiaran
lari kerana ketakutan.
Bentuk itu yang dikatakan menyerupai Dementor dalam filem Harry Potter dilihat di ruang angkasa Mukuba Mall di Kitwe.
Gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan bentuk
berkenaan lengkap dengan kepala, seperti manusia, terapung di langit
dan dipercayai berukuran lebih 100 meter panjang.
Bentuk hitam itu juga kelihatan seperti ia terbentuk hasil cantuman beberapa bahan di udara. Ia terawang-awang diudara lebih setengah jam. Sebahagian penduduk yang menyaksikannya yakin ia peringatan daripada tuhan.
Seorang saksi berkata: “Kami terkejut melihat imej itu yang
kelihatan seperti manusia terapung di udara. Ada yang mula berdoa tetapi
ramai yang melarikan diri. Ia sungguh pelik.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan