Khamis, 23 Mac 2017

PENGASAS PEWARIS MALAYSIA 'AYAH PAQ' DITUDUH BUNUH PENGIKUT


Kajang: Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS), Jaafar Shaari didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga kesalahan menyebabkan kematian seorang pengikutnya dan memiliki sepucuk pistol serta peluru tanpa lesen.

Tertuduh, Jaafar, 54, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mengikut pertuduhan, Jaafar didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Sahdan Ishak, 39, dan dakwaan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika disabit kesalahan.

Selain itu, Jaafar turut didakwa dengan dua lagi pertuduhan, iaitu memiliki sepucuk senjata api jenis Revolver dan sebutir peluru tanpa lesen sah.

Bagi kesalahan memiliki senjata api, dakwaan dikemukakan mengikut Seksen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat minimum enam kali.

Manakala bagi kesalahan memiliki peluru, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan antara jam 2.30 pagi hingga 3 pagi dan 10.40 pagi pada 10 Mac di rumah alamat No 35 Jalan Suakasih 2/2, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9, Cheras, Hulu Langat.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 14 April ini sebagai sebutan semula kes.

Kredit: HMetro
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 2:59 PM

Isnin, 20 Mac 2017

Terkini:Jakim Nafi Coklat Eyeglass With Candy Ada Ramuan Haram


Putrajaya: Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan Coklat Eyeglass With Candy mengandungi ramuan dari sumber haram seperti disebarkan pengguna media sosial.
Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, Jakim menjelaskan adalah tidak benar dan timbul salah faham apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera pada produk itu.
"Coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.
"Justeru, jadilah pengguna bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa supaya tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah," kata kenyataan itu.
Menurut Jakim status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh dilayari menerusi direktori halal www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar MyJakim.

Kredit: HMetro
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2017 @ 2:26 PM

Isnin, 6 Mac 2017

Info Dunia: 'Manusia' Gergasi Di Langit Zambia


BENTUK seperti manusia yang dilihat terapung diruang angkasa Kitwe, Zambia
Kitwe: Satu bentuk menyerupai manusia yang muncul di langit di Zambia menyebabkan sebahagian penduduk yang melihatnya bertempiaran lari kerana ketakutan.

Bentuk itu yang dikatakan menyerupai Dementor dalam filem Harry Potter dilihat di ruang angkasa Mukuba Mall di Kitwe.

Gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan bentuk berkenaan lengkap dengan kepala, seperti manusia, terapung di langit dan dipercayai berukuran lebih 100 meter panjang.

Bentuk hitam itu juga kelihatan seperti ia terbentuk hasil cantuman beberapa bahan di udara. Ia terawang-awang diudara lebih setengah jam. Sebahagian penduduk yang menyaksikannya yakin ia peringatan daripada tuhan.

Seorang saksi berkata: “Kami terkejut melihat imej itu yang kelihatan seperti manusia terapung di udara. Ada yang mula berdoa tetapi ramai yang melarikan diri. Ia sungguh pelik.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 7:02 AM
Kredit: HMetro

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT