Selasa, 30 Ogos 2016

PENJAWAT AWAM 'KANTOI' BUAT LAPORAN PALSU


KUCHING: Seorang penjawat awam berusia 20an berdepan hukuman buang kerja selepas membuat laporan palsu mendakwa dirinya dirompak sebaliknya bermain judi, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai.

Beliau berkata, suspek membuat laporan palsu kononnya pada 27 hingga 29 Ogos dirompak dan penjenayah melarikan wang tunai RM1,000 miliknya.

Malah menurutnya, tujuan suspek yang bertugas di Semenanjung Malaysia berada di bandar raya ini adalah untuk mengikuti kursus namun sebaliknya menghabiskan duit dengan bermain judi.

"Saya juga ingin menasihati dalam perkara ini supaya jangan membuat laporan palsu kerana akan menganiayai diri sendiri seperti didenda dan kemungkinan dibuang kerja sebagai penjawat awam," katanya dalam sidang media hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selain itu, Abang Ahmad menjelaskan, dalam laporan palsu itu suspek turut memberitahu dirinya ditahan oleh empat orang lelaki bersenjatakan parang dan menariknya ke dalam kereta sebelum diarahkan ke mesin atm untuk mengeluarkan sejumlah wang.

Kemudiannya dibawa ke bangunan kosong sekitar Batu 7 dan dikurung selama dua hari ini.

Menurut Abang Ahmad lagi, laporan palsu itu diserahkan kepada majikan suspek terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Setakat ini sebanyak empat kes laporan palsu direkodkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Kredit: Sarawakiana

Khamis, 25 Ogos 2016

Polis Nafi Sawa Telan Wanita di Bintulu

GAMBAR ular sawa yang dikatakan menelan seorang wanita yang menjadi viral di Bintulu.
Miri: Polis menafikan laporan kes serangan ular sawa terhadap seorang wanita di Bintulu ketika mengutip sayur hutan di Sungai Plan, yang diviralkan menerusi media sosial sejak malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata tiada kes itu dilaporkan di Bintulu dan ia sengaja dihebohkan di internet untuk menarik perhatian.

Justeru, saya minta orang ramai supaya tidak mudah percaya terhadap gambar atau cerita yang sengaja direka dalam internet untuk tujuan tertentu,' katanya ketika diminta mengulas gambar yang tersebar dalam laman sosial disini, sejak malam tadi.

Difahamkan ular sawa itu menelan seorang wanita di kawasan hutan di Sungai Plan ketika sedang mencari sayur hutan di kawasan itu.

Kredit: http://www.bharian.com.my/node/186516

Selasa, 23 Ogos 2016

Mana Perikemanusiaan? Budak Terima 3 Jahitan Di Kepala, Alami Lebam, Calar Di Badan Akibat Didera Bapa Saudara

DERA: Bahagian kepala mangsa yang tercedera sehingga mendapat tiga jahitan.
SIBU: Seorang budak lelaki berusia lima tahun terpaksa menerima tiga jahitan di kepala selain turut mengalami kesan lebam dan calar di beberapa bahagian badan termasuk kaki dan tangan dipercayai akibat didera bapa saudaranya.
Kejadian dipercayai berlarutan sejak tahun lalu namun laporan polis dibuat pagi semalam oleh pihak sekolah. Semalam seperti biasa, mangsa dihantar ke sebuah taman didikan kanak-kanak (tadika) di sini.
Namun ketika sedang mengikuti pembelajaran, mangsa dilaporkan mengadu berasa pening sebelum guru bertugas mendapati terdapat kesan luka di kepalanya.
Selain itu, terdapat beberapa kesan calar turut ditemui pada bahagian badan mangsa.Difahamkan, mangsa mempunyai tiga orang adik beradik termasuk seorang daripadanya adalah perempuan.Kakak mangsa bagaimanapun tinggal bersama keluarga sebelah bapanya setelah kedua-dua orang tua mereka bercerai.
Mangsa dan ibunya tinggal di kediaman keluarga bapa saudara serta neneknya di Jalan Au Yong di sini.Difahamkan mangsa dan abangnya ditempatkan di pusat penjagaan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
KESAN: Antara kesan lebam di bahagian kaki mangsa.
Namun, bapa saudaranya membuat permohonan kepada JKM supaya mangsa dijaga oleh mereka.Sementara itu, pihak sekolah mendakwa kejadian dera ke atas mangsa berlarutan sejak tahun lalu.Ini kerana mereka turut mengambil gambar kesan kecederaan dialami mangsa selain merekodkan tarikh pada setiap gambar tersebut.
Semalam, pihak sekolah mangsa tidak dapat menahan perasaan selepas melihat mangsa diperlakukan sebegitu sehingga laporan terpaksa dibuat.Dalam pada itu, pihak polis yang bertindak atas maklumat telah berkunjung ke kediaman mangsa dan menahan bapa saudaranya bagi membantu siasatan.
SAKIT: Bahagian tangan mangsa juga terdapat kesan calar.

Kredit: The Borneo Post Online

Jumaat, 19 Ogos 2016

Isu Semasa: Seorang Suspek Kes Bunuh Bill Kayong Menyerah Diri


KUCHING: Seorang daripada tiga suspek yang dikehendaki polis berhubung kes pembunuhan Bill Kayong tampil menyerah diri di Balai Polis Miri semalam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar, suspek iaitu Chin Wui Chung berusia 50 tahun tiba bersama peguamnya sekitar jam 4.50 petang.
“Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri esok (hari ini) untuk direman dan seterusnya didakwa berdasarkan kesalahan di dalam dokumen pertuduhan,” katanya dalam kenyataannya di sini semalam.
Selain itu, Dev menasihatkan dua lagi suspek yang masih dikehendaki agar tampil menyerah diri secepat yang mungkin.
“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan dua lagi suspek dan kami juga menasihatkan mereka untuk menyerah diri kerana kami akan terus berusaha gigih membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya.
Kredit: BorneoPost Online

Khamis, 18 Ogos 2016

Info Dunia:Makhluk Misteri Menyerupai Manusia Gemparkan Portugal



LISBON 17 Ogos- Makhluk misteri menyerupai manusia yang sedang berjalan secara membongkok melalui kawasan belukar di sebuah gurun di Portugal berjaya dirakam dan menjadi viral baru-baru ini. Mail Online melaporkan, makhluk itu dipercayai haiwan legenda Amerika Selatan yang menghisap darh kambing dan digelar masyarakat sebagai 'Chupacabra'. Video singkat itu merakamkan makhluk misteri berkenaan sedang berjalan secara perlahan melalui tanah tandus dengan kepala membongkok.

Makhluk tersebut dipercayai sudah menyesuaikan diri dengan persekitaran sunyi gurun itu. Bagaimanapun, makhluk menyerupai manusia terbabit kemudiannya hilang daripada pandangan kamera di sebalik belukar di gurun berkenaan.

Sementara itu, klip video tersebut yang dimuat naik di internet sejak sebulan lalu kini telah ditonton lebih 200,000 orang. Malah, pengguna internet turut 'berbalah' dalam menentukan jenis haiwan itu. Ada di antara pengguna percaya haiwan itu adalah Chupacabra manakala ada yang mendakwa makhluk itu sebagai Big Foot. Tidak kurang yang mendakwa video itu adalah palsu berdasarkan kualiti rakaman.

Kredit:http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/makhluk-misteri-menyerupai-manusia-gemparkan-portugal-1.371731#sthash.Bkhdtf0I.dpuf

Rabu, 17 Ogos 2016

[TROLL MODE]: PAKCIK JUAL SAYUR MAHU REPORT 'POCKET ROCKET MAN' SEBAB DAPAT GANGSA OLIMPIK?


PAKCIK JUAL SAYUR MAHU REPORT 'POCKET ROCKET MAN' SEBAB DAPAT GANGSA OLIMPIK?


Hari ini sejarah tercipta apabila pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara Keirin. Azizulhasni atau lebih dikenali dengan jolokan ''Pocket Rocket Man" akhirnya impian beliau tercapai setelah usaha gigihnya membuahkan hasil setelah mencuba lebih 12 tahun.

Namun, atas kejayaannya ini seorang Pak Cik yang terkenal dengan nama jolokan Pendengki Sejati ingin tampil membuat laporan polis. Dia tidak berpuas hati kerana dia juga telah mengayuh basikal lebih 40 tahun untuk menjual sayur di pasar tani dan hanya mendapat keuntungan RM1.00 bagi setiap ikat sayur. Malah lebih malang dia tidak mendapat pencen setaraf atlit Olimpik negara yang menang pingat.

P/S : Ini post 'troll'. Yang tak faham maksud boleh rendam kepala dalam baldi air. Yang suka sangat dengki buat report tu boleh pergi minum air ketum. ‪#‎Hawutauksik‬

Go team Malaysia! Kami bersamamu!!!

Kredit: Sarawak Legacy

Sabtu, 13 Ogos 2016

SEMUA PERMIT KERJA AKAN DITARIKBALIK JIKA PETRONAS BERDEGIL 

SEMUA PERMIT KERJA AKAN DITARIKBALIK JIKA PETRONAS BERDEGIL


BILAMANA Petronas seperti acuh tidak acuh dengan tindakan tegas Kerajaan Negeri Sarawak mengenai pembekuan permit kerja baru bagi Petronas di Sarawak, Datuk Adenan telah melahirkan amaran kepada mereka demi memastikan Petronas mengambil serius permintaan Sarawak.

Pada kali ini, Datuk Adenan sebagai pemimpin Kerajaan Sarawak telah memberikan kata dua iaitu kesemua permit kerja yang sedia ada akan turut ditarikbalik sekiranya Petronas tetap dengan kedegilan mereka.  Autonomi imigresen bagi Sarawak membenarkan Kerajaan Sarawak berbuat demikian dan begitu juga menurut Perkara 8 Borneonisasi di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang menyatakan dengan jelas sebarang bentuk pekerjaan hendaklah didahulukan orang Sarawak.

Segalanya ini dibuat bagi memastikan bahawa perkongsian royalty minyak di Sarawak dikongsi secara sama rata dengan warga Sarawak yang juga pemilik sebenar kepada sumber kekayaan utama “emas hitam” Gagasan Malaysia ini.

Menurut Datuk Adenan, kepakaran anak-anak Sarawak juga boleh digunakan untuk menggantikan segala kekosongan itu nanti memandangkan anak Sarawak juga terkenal kepakarannya di dalam industry minyak dan gas dunia dan tiada sesiapa boleh menidakkan keupayaan anak Sarawak selama ini.

Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisi inti
Hancur badan tulang berkecai
Belum ku dapat belum ku berhenti

Kredit: Red Parrot

Jumaat, 12 Ogos 2016

Salahkah Mencari Jodoh Di Facebook?


Facebook ini ibarat sebuah rumah yang dilihat dari luar. Hanya orang di dalam rumah sahaja tahu apa yang berlaku di dalam rumah. Walaupun di dinding rumah di sebelah luar dicat dengan cat yang mahal. Dekorasi halaman tema Bali, cantik dan indah. Kita tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah.
Kita hanya mampu menilai seseorang melalui luarannya sahaja.
Usah mudah terpesona dengan catatan wall yang indah. Ambil sahaja pengajaran, ia bukan tempat mencari bakal imam. Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Bahkan, buaya memang tinggal di dalam air yang tenang, bukan di air yang deras.
Tidak semestinya kita mesti buruk sangka, tetapi wall Facebook bukan tempat untuk menilai seorang lelaki. Seandainya cikpuan semua mengetahui apa yang seorang lelaki lalui saban hari, setiap jam dan ketika. Mungkin cikpuan rasa tidak mahu hidup di dunia. Peperangan diri seorang lelaki adalah rahsia yang paling aib bagi mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Justeru, Facebook bukan tempat mencari seorang suami. Cukuplah dengan meminta orang yang soleh dan solehah mencari lelaki untuk cikpuan. Orang yang mereka kenal di dalam rumahnya. Mereka tahu diri peribadi lelaki lebih terperinci.
Salahkah mencari jodoh di Facebook?
Tidak sesekali salah. Kita hanya tidak mampu tahu peribadinya sahaja. Usah terpesona pada dinding rumahnya, berapa banyak villa indah halamannya dipenuhi hantu raya di dalamnya.
Facebook bukan tempat untuk mencari jodoh.

Kredit: Ahmad Saifuddin Yusof

Khamis, 11 Ogos 2016

Isu Semasa: Kesal ramai yang ke masjid tangkap Pokemon, bukan untuk ibadah - Pengarah JAKIM



PUTRAJAYA: Permainan Pokemon Go perlu dihadkan agar institusi agama tidak tercemar dalam keasyikan masyarakat terhadapnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Beliau berkata tempat ibadat termasuk masjid tidak sepatutnya digunakan sebagai lokasi pencarian karektor permainan itu.

Othman, yang turut mencuba permainan tersebut bagi melihat sendiri fungsinya, mendapati Pokemon turut berada di kawasan masjid dan surau.

Katanya, pihak yang membangunkan aplikasi tersebut tidak begitu sensitif terhadap pusat ibadat yang mana ia tidak sesuai untuk dijadikan gelanggang permainan aplikasi maya itu.

“Permainan ini pada pendapat saya bagus kerana ia menggalakkan masyarakat beriadah sambil bersenam kerana memerlukan kita berjalan untuk mencari karektor tersebut, namun perlu ada hadnya,” katanya kepada Bernama.


Othman berkata adalah tidak elok sekiranya seseorang pergi ke tempat ibadat hanya untuk bermain permainan itu malah beliau berpendapat permainan tersebut turut mendatangkan pelbagai mudarat.

“Kita lihat di luar negara ada pemain yang memasuki kawasan privasi seperti rumah orang dan kawasan larangan hingga ke tahap ada yang tercedera dan meninggal akibat permainan tersebut,” katanya.

Permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA itu mula memasuki Malaysia Sabtu lepas dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Tinjauan Bernama di dua buah masjid di Putrajaya iaitu Masjid Putra, Presint 1 dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, semalam mendapati kedua-dua tempat itu diletakkan sebagai tempat “PokeStop”, untuk mendapat “reward atau hadiah”.


Malah kedua-dua tempat ibadat bagi orang Islam itu turut dijadikan “PokeGyM”, platform yang digunakan sebagai medan pertarungan bagi para pemain yang sudah mula mencapai aras 5.

Tinjauan juga mendapati melalui aplikasi tersebut, PokeStop dan PokeGym juga terdapat di hampir kesemua tempat tumpuan orang ramai dan bangunan kerajaan serta kementerian di sekitar Putrajaya.


Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/09/pengarah-jakim-cuba-pokemon-go-kesal-berlegar-di-masjid/




Rabu, 10 Ogos 2016

INFO ISLAMIK: JAGALAH LIDAH KITA

Assalamualaikum... Salam Sejahtera dan Salam Kekeluargaan...

Setiap kata-kata adalah DOA. Oleh itu sentiasalah berkata yang baik sama ada untuk diri sendiri atau sesama saudara. Bak kata pepatah, 'Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya'. Kita lahir dengan dua mata, dua telinga tapi kita hanya diberi satu mulut. Ini kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam. Mulut mampu menyakiti, mampu membunuh, menggoda dan banyak lagi. Oleh itu, sentiasa menjaga mulut bila berkata-kata.


Berkata-kata memang mudah tapi sedarkah kita bahawa setiap kata-kata intu adalah doa. Sebaik sahaja kita menutur kata-kata tersebut memang tidak boleh ditarik balik. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita perkatakan menyinggung hati dan perasaan orang lain, mungkin kita berniat baik tapi tanpa disedari kata-kata tersebut tidak dapat diterima oleh orang tersebut.


Sebaiknya sebleum berkata-kata kita filir dulu apakah sesuai kata-kata itu disampaikan. Jika baik kata-kata yang dilafazkan, kita berdoa yang terbaik tetapi jika buruk kata-kata yang dilafazkan maka kita berdoa yang buruk.


Peringatan ini untuk diri sendiri dan untuk semua. Renung-renungkan dan selamat beramal. Sekian, Sampai jumpa lagi dilain entri. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Rabu, 3 Ogos 2016

Kisah Ngutik di Sarawak

Kisah seram, kat mana2 pun mesti ada cerita supernatural ni (tapi tak dijadikan drama bersiri macam Supernatural Dean dan Sam Winchester). Actually, admin membesar dengan cerita macam ni, dan admin memang suka sangat dengar cerita2 seram. Kalu Shah Alam ada cerita rumah seram with busut besar kat kawasan main air Wet World tu, atau cerita pemandu takde kepala kat Karak Highway or kisah seram pasal hantu merayau kat Jambatan Pulau Pinang, (pendek kata, semua tempat pasti ada makhluk paling seksi dan seksa)...Sarawak pun ada kisah tersendiri. Admin sebenarnya nak share kisah ni dalam bahasa sendiri (yakni bahasa Sarawak) tapi admin takut non Sarawakian susah nak faham. Jadi untuk bersikap adil, saksama dan lebih berwawasan, admin gunakan bahasa yang korang bleh catch up ^^

Gambar Sekadar Hiasan


Kisah Satu: Biji Mata Celah Siling

Ni kisah benar yang terjadi kat aku sendiri 19 tahun setengah yang lalu. Masa tu, atuk admin masih hidup lagi. Masa tu, kem polis (tempat admin tinggal) dan Kampung Astana Lama (lokasi rumah atuk, sekarang dah jadi area Masja) terletak berdekatan jadi kitorang selalu ke situ dengan berjalan kaki. Suatu hari, parent admin decide nak tidur semalam dua kat rumah atuk. Memandangkan kitorang memang close ngan atuk dan nenek jadi kitorang tak kisah nak stay berapa lama pun. Untuk malam pertama kitorang bermalam kat situ, admin nak tidur sebelah atuk admin. Tau pulak kakak admin mengalah, biasanya dia yang menang. So, tidurlah admin bersama atuk dan nenek (actually, nenek tidur kat tepi katil antik dengan tilam kekabu dia). 

Malam tu, admin rasa macam tak ada perasaan untuk tidur, admin masih kecik masa tu. Untuk beberapa jam, admin just tengok muka atuk admin dan tarik kulit kendur kat hujung siku dia (tak tau apa pasal). Kemudian, admin dongak ke arah siling, konon nak kira bape ekor anak biri melumpat pagar. Tapi sesungguhnya, bukan anak biri yang aku nampak, tapi bijik mata besar dan bulat tengah merenung admin kat celah siling yang belum dibaiki. Untuk beberapa saat, admin main mata dengan bijik mata itu sambil bercakap sendiri, "besarnya bijik mata ni, mata manusia ke?". Setelah puas bermain mata dengan bijik mata, admin berbisik kat telinga atuk dan cakap, "pak nek, ada bijik mata kat atas atap" dan tiba-tiba!---atuk admin tutup mata admin dan cakap, "tidur..."

Esok, bila admin bangun admin bagitau mak ada bijik mata yang tengok admin malam semalam. Mak admin kata, "la, bijik mata cicak tu." Admin balas balik, "bijik mata cicak kecik...yang tu besar." Terus mak admin terdiam dan tak cakap apa2. Sekarang, baru la admin tau bijik mata tu kepunyaan makhluk kecik pendek...admin rasa korang tau makhluk apakah itu dan tau apa pasal ada cerita makhluk pendek kat area Masja.

Kisah Dua: Hantu Janet

Kisah hantu Janet merupakan kisah seram yang femes sekitar tahun 60-an, berlaku di kawasan Batu 4 dan Batu 5 di mana korang boleh lihat begitu banyak sofa konkrit, yakni jirat cina kat situ dan masih ada sampai sekarang.. Kisah Janet ni ada banyak versi, kononnya dia mati bunuh diri lepas jadi mangsa rogol atau mati dibunuh orang lepas jadi mangsa rogol. Tapi menurut versi abah admin yang berpindah ke kawasan Batu 4 dan 5 pada era 60-an (masa tu la era seram kat Kuching), Janet, seorang gadis Cina yang berusia 20-an mati dirogol orang.

Cerita dia macam ni, sempena dengan kejayaan tunang Janet melanjutkan study ke oversea, parent diorang adakan majlis pertunangan sebelum tunang Janet bertolak. Si tunang tu ambik flight malam sebab nak spend masa dengan Janet. So, bila masuk waktu malam, Janet decide nak hantar tunang dia sendiri (maybe malu nak kiss2 depan mak bapak dia or malu nak nangis). Lepas hantar tunang dia kat airport, dia pun balik lalu jalan yang sama (dulu jalan kat Batu 4-5 tak macam sekarang; gelap, sunyi, semak belukar). Kemudian, dia berhenti kat situ bila ternampak kayu melintang kat tengah jalan. Niat dia nak alih kayu tu sebab kereta yang dia guna (Ford jenis lama kalu tak silap) tak boleh naik atas kayu tu. Lepas tu....

Berbalik kat kisah orang tua Janet yang tunggu anak dara diorang yang cantik kat rumah. Si ibu nampak Janet ada kat bilik. Tapi Janet macam mengelak nak jumpa si ibu. Setiap kali parent dia nak bercakap, Janet masuk tandas, masuk bilik, keluar rumah. Orang tua Janet mula curiga dengan sikap anak dara diorang. Apa dah jadi terhadap Janet lepas hantar tunangannya ke airport?

Kemudian, kisah awek Cina yang suka tumpang orang mula heboh kat sekitar Batu 4 dan 5. Penduduk yang tinggal kat Kampung Jawa, Haji Baki mula rushing balik kerja (abah aku yang ikut kelas sekolah malam pun cuak masa tu). Pukul 6, jalan raya kat Batu 4-5 dah sunyi sepi. Dikatakan ada la Wak yang lalu jalan tu sekitar pukul 6, terjumpa awek Cina yang nak menumpang motosikal dia. Wak tu kasi la tumpang (sebab tak tau cerita) sampai hujung jalan yang dekat dengan jirat. Bila sampai rumah, Wak tu tercium bau busuk kat tempat duduk belakang motosikal. Lepas tu baru la Wak tu tau pasal kisah Janet.

Selepas 6 bulan berlalu, orang tua Janet tak penah bercakap atau bersua muka dengan anak diorang. So, diorang decide untuk tanya hal tu kat bakal menantu diorang. Kebetulan tunangan Janet balik untuk cuti semester so dia pun rushing balik bila dengar Janet berkelakuan pelik, dan sentiasa pakai baju merah, kasut merah, baju yang dipakai Janet masa hari pertunangan 6 bulan lepas. Tunangan Janet mintak tolong seorang sami sebab dia dapat rasa ada yang tak kena dengan Janet. Sangkaan lelaki tu akhirnya menjadi betul bila kereta Janet ditemui di bawah bukit dan mayatnya pula disumbat di dalam laluan air besar yang baru saja siap. Janet mati dirogol tetapi tiada siapa yang tahu siapakah si jahat itu.

Kisah Tiga: Bilik yang Dilarang Masuk dan Pelajar Hostel yang Misteri.

Kisah ni dikutip dari kakak admin masa dia jadi student kat salah satu maktab perguruan di Sarawak. Admin tak boleh mention nama demi menjaga keharmonian institusi tersebut. Masa tu, tahun 2001 kalu tak silap. Maktab tu antara maktab lama di Sarawak dan terkandung 1001 kisah suka duka pelajar maktab pada zaman dahulu. 

Kisah pertama; bilik yang dilarang masuk. Setiap maktab akan ada hari untuk pembersihan kawasan kediaman. Tahun tersebut merupakan tahun di mana maktab tersebut terpilih untuk jadi tuan rumah majlis sukan. Seluruh bilik hostel dibuka bagi menyambut pelajar yang bakal bertanding, termasuklah sebuah bilik. Bilik tu tak pernah dibuka sejak sekian lama dan tak pernah diusik pun. Jadi, kakak admin dan member dia assume bilik tu kotor. Tapi, diorang takut nak bersihkan. Walau bagaimanapun, bila pintu bilik tu dibuka, diorang dapati bilik tu sangat bersih, masih ada cadar katil, bantal, buku2 yang tersusun rapi, dan penyangkut pakaian kat dinding. Tak ada secalit debu pun kat lantai, apatah lagi kat buku. Pelik, siapa yang bersihkan?--itu la persoalan kat dalam otak diorang. Then, sorang member kakak admin ambik penyidai pakaian bilik tu sebab dia assume dia boleh ambik barang lama tu, tapi dia silap. Rupa2nya, bilik tu masih dihuni oleh seorang pelajar, yang mati gantung diri kat kipas siling lepas dia tahu dia pregnant dan pakwe dia larik tanak bertanggungjawab. 

Dikatakan, pelajar pompuan tu menyimpan dendam kat lelaki tu menyumpah lelaki tu sebelum mati (apa yang dia sumpah tu admin tak tau). Dek sebab takut, member kakak admin hantar la balik penyidai tu dengan bersusah payah (sebab pintu bilik tetiba terkunci dan bilik jadi gelap). Selang beberapa hari lepas tu, terdengar bunyi orang sapu sampah dan bersihkan bilik pada waktu malam, padahal takde orang pun dalam tu. Kemudian, pelajar maktab lain  berbangsa Cina pun check in dalam bilik tu untuk majlis sukan dan dah diingatkan pasal cerita tu oleh pihak maktab. Syukur, pelajar tersebut ikut apa yang diberitahu dan selamat tak diganggu (alhamdulillah).

Kisah kedua pula kisah kawan kakak admin yang study sampai lewat malam. Kemudian, pintu bilik dia diketuk, muncul seorang pelajar pompuan yang tegur dia jangan study sampai lewat malam dan lebih baik masuk tidur. Lepas tu, pelajar pompuan tu tutup pintu dan blah. Untuk seketika, kawan kakak admin tengah fikir pelajar tu budak kelas mana? Semester bape? Tak penah nampak pun sebelum ni? Dengan selambanya dia keluar dari bilik dan jenguk. Takde orang. Kemudian, dia tutup pintu dan duduk kat kerusi belajar balik. Lepas tu, baru la dia teringat cuma dia sorang je kat row tu, yang lain dah balik cuti.


Kisah Keempat: Bunyi Orang Mandi Dalam Bilik Air.

Yang ni pun berlaku kat admin, 7 tahun yang lalu. Masa tu admin join satu aktiviti peringkat kebangsaan dan kami ditempatkan kat sebuah maktab perguruan yang femes di Sarawak (nama dirahsiakan). Untuk pelajar pompuan sekolah kami dan tiga sekolah yang lain, kitorang ditempatkan di sebuah hostel lama yang berdepan dengan padang berkumpul. Wah~ kitorang hepi sangat sebab kat situ la makanan diedar dan bas ambik kitorang, jadi tak payah susah2 kejar bas.

Nak dipendekkan cerita, malam ke-3 atau ke-4 kalu tak silap, kitorang berlatih untuk hari merdeka sampai lewat malam. Kitorang naik bas pertama yang datang pada pukul 12:30. Jalan masa tu sunyi sangat jadi bas tu pecut laju giler sampai ke maktab. Dengan mata ngantuk dan mengigau cari bantal, kitorang (admin dan Hajar, kawan admin) pun naik tingkat satu, buka suis, tuka baju lalu terus tidur. Admin tak sedar berapa lama admin tidur tapi admin terdengar bunyi alarm clock dari henpon kawan sebilik admin, Appy yang tidur kat katil ke-3 kalu tak silap. Appy selalu set jam pukul 2 pagi jadi admin terus bangun dalam keadaan separuh sedar dan bergegas nak ke tandas. Biasanya, waktu macam tu budak pompuan sekolah lain yang duduk tingkat bawah dah sapu semua bilik air dan tak kasi peluang untuk kitorang mandi (dah la tak senonoh, jalan pakai spender je...cis). 

Jadi, admin pun pergi la kat tingkat bawah dengan baldi merah admin. Entah apa pasal, hari ni tak ramai pulak yang rushing. Cuma ada beberapa bilik air yang ada orang tengah mandi. Admin biasanya mandi dalam tandas sebab boleh kencing berak semua sekali jadi admin malas la nak kisah pasal bilik air. Tapi pagi tu, admin mandi agak cepat. Tak sampai 10 minit pun. Admin pun tak berak pagi macam biasa. Sampai je kat bilik, Appy dan Hajar pergi ke bawah, tinggallah kawan admin yang lagi sorang masih tidur tak bangun2. Habis je kawan admin mandi, admin tanya, siapa yang mandi dalam bilik air berdepan dengan pintu masuk (sebab admin tiba2 rasa musykil). Tapi kawan admin kata lantai bilik air kering dan pandang muka admin dengan wajah konpius.

Jadi, adalah lebih baik admin tak tau sapa yang mandi seangkatan dengan aku pada pagi tu.


Kisah Kelima: Kakak Senior di Kawasan Ampaian.

Kisah ni admin dengar dari kawan admin yang sekolah kat sekolah agama kat Sarawak (sekolah agama kat Sarawak kan banyak jadi korang cari la sendiri nama sekolah tu). Kisah tu macam ni, admin ringkaskan sebab tak bape nak ingat macam mana begin and ending tapi bab klimaks paling thriller.

Dikatakan ada seorang pelajar pompuan jumpa 'makhluk Tuhan paling seksi itew' dalam tandas. Oleh sebab dia terlalu takut dia pun rushing keluar dari tandas, cari senior nak mintak tolong. Then, dia ternampak seorang kakak senior yang tengah jemur kain baju waktu malam (biasa la, masa dok hostel pun admin jemur baju tengah malam, nanti pagi boleh ambik). Kemudian, pelajar pompuan tu pun berkata, "Kak! Tolong saya kak, saya nampak hantu dalam tandas tadi!". Kakak senior yang tengah sibuk tertunduk-tunduk ambik kain dalam baldi pun membalas, "Hantu? Betul ke?" Pelajar pompuan tu pun berusaha yakinkan kakak senior tu lalu bercerita apa yang terjadi dan suruh kakak tu panggilkan ustaz. Kemudian, kakak tu tanya, "Kau nampak tak muka hantu tu?". Pelajar tu jawab, "Tak pasti, kak. Kenapa akak tanya?"

Sambil menyelak kain jemuran dan tersenyum, kakak tu membalas, "aku la yang kau jumpa dalam tandas tadi..."

(p/s: tak ke gila korang bila nak mintak tolong last2 jadi macam ni pulak?)


Kisah Keenam: Perempuan Kampung Sourabaya.

Ini kisah hot masa admin masih sekolah, zaman Form 1-2 macam tu. Masa tu heboh kisah pompuan dari Kampung Sourabaya. Kampung Sourabaya ni bukannya terletak kat Surabaya, Indonesia. Kampung ni kira kampung terkenal kat Kuching, seangkatan dengan Kampung Boyan, Gersik, Panglima Seman, Semarang, Bintawa etc. Jadi, kisah tu bermula dari kisah lelaki yang balik lewat malam naik motosikal lalu kat area Jalan Malindo (dulu jalan situ sempit, roundabout pun tak besar, tol pun belum wujud). Kat area tu, ada la pompuan mintak tumpang naik ke Kampung Sourabaya. Ramai lelaki yang terpedaya, jadi ramai yang kasi tumpang. Sampai je kat kampung tu, pompuan tu akan ghaib. Waktu malam diorang tak perasan sangat tapi bila siang, baru la diorang perasan kat satu area tanjung tu terletaknya tanah perkuburan Islam.

Kisah Ketujuh: Kak Ponti Datang Menziarah.

Ini pun kisah masa admin sekolah menengah dulu-dulu, dikatakan ada kak ponti (korang tau kan? jadi tak payah la aku sibuk nak explain apakah makna ponti itu). Dikatakan dari mulut ke mulut, telinga ke telinga tokok tambah darab bahagi, kak ponti tu telah menyerang Kampung Boyan. Jadi budak Kampung Boyan ketakutan tak berani keluar rumah. Malam Jumaat seterusnya, kak ponti kelihatan di atas atap rumah orang Kampung Gersik. Macam tu la seterusnya, kat kampung itu, kat kampung ini dan sepanjang malam mengilai macam nak gila. Mamat motor jadi ahli surau, minah jalan pulak mengaji siang malam. Kesahihan tu tak dapat nak dipastikan tapi sepanjang admin sekolah kat situ (exclude masa Form 6 dua tahun), kisah tu berulang setiap tahun pada pertengahan tahun. Sekarang admin dah tak sekolah lagi jadi admin tak tahu sama ada kisah tu masih ada atau dah ada jalan penyelesaiannya. Actually, bagus juga bila kak ponti datang menziarahi...surau yang sepi itu menjadi berseri-seri dengan kehadiran pemuda dan pemudi...tak gitu?


Kisah Kelapan: Pisau jadi Berus Gigi

Yang ni kisah dari sebuah asrama sekolah agama yang berlainan, kisah dari kawan admin bernama Aisah. Orangnya baik dan sangat bersifat 'Nur Kasih'. Menurut cerita kawan admin dan admin imbas kembali dari ingatan yang samar, kisah tu bermula dari seorang pompuan yang nak ke tandas untuk bersihkan muka dan gosok gigi sebelum tidur. Kawan sebilik dia kata kejap lagi dia ikut ke tandas. Maka pompuan tu pun pergi la ke tandas. Bila dia keluar dari tandas, dia nampak ada kawan dia khusyuk gosok gigi. Dia pun menyapa, "ai, kau gosok gigi lagi cepat dari aku" dengan nada bergurau. Tanpa menyedari apa2, dia pun bercerita itu ini dengan bahagia dan gembira hendaknya...sampai la dia perasan blood dripping kat lantai. Perlahan-lahan, dia follow up tengok blood tu datangnya dari mana, dan akhirnya dia perasan kawan dia tengah gosok gigi guna pisau. So, dia pun kata (sambil berzikir bayangkan tasbih)... "ah, aku nak balik bilik dulu lah...". Dia tahu itu bukan kawan dia.

Tapi, bila pompuan tu dah niat nak angkat kaki, pompuan yang tengah blood dripping pun berkata, "kau dah tahu aku siapa kan?". Apa lagi, pompuan tu pun cabut lari! 

Actually, kisah pisau jadi berus gigi ni femes kat asrama sekolah, kecuali sekolah admin. Sekolah admin ada cerita lain.


Kisah Sembilan: Pak Tua Keliling Padang dan Nyanyian atas Bumbung sekolah.

Admin duduk di hostel sekolah tak lama sebenarnya. Cuma 8 bulan, baki 2 bulan tu admin cabut lari sebab stres (ngan kawan lelaki admin yang kurang beradab, tak kena layan ngan kawan baik sendiri-salah admin kot sebab tak pay attention kat dia, budak hostel main bola sepak dalam bilik-kasi admin naik hangin, dan tak boleh study sebab asyik ada perjumpaan ngan warden-sakit hati sebab konfem gagal paper Ekonomi). Tapi, bukan cerita tu yang admin nak cakap. Kisah pak tua keliling padang tu sebenarnya kisah senior admin, kawan kakak admin. Kata dia, masa dia duduk di hostel selama 7 tahun (Form 1- Upper 6), ada urban legend mengenai ksiah pak tua takde kepala keliling padang bola sepak yang berdepan dengan hostel budak lelaki 7 kali dan berhenti tepat2 kat tengah. Lepas tu hilang. Kisah pak tua ni memang terkenal dan bukan benda main2. Pak tua tu memang wujud. Pihak sekolah yang prihatin akan masalah tu telah mencuba kaedah Islam dan selepas tu, kisah pak tua tu hilang bersama pembangunan sekolah. Pak tua itu dikatakan askar Jepun kalah perang (actually tapak sekolah admin memang bekas tapak perang) tapi memandangkan pak tua tu takde kepala so takde bukti nak kata pak tua tu bermuka Jepun atau bermuka Western.

Pasal nyanyian atas bumbung sekolah, yang itu pasal kawan admin (admin panggil dia Ida). Dia memang sangat suka menyanyi lagu Siti Nurhaliza tak kira siang atau malam. Even lepas solat dia terus nyanyi apa je lagu yang terlintas kat dalam kepala. Kata budak bilik admin, kisah tu terjadi setahun sebelum admin masuk hostel. Ida yang sangat suka menyanyi tu duduk berehat waktu malam kat atas koridor tingkat tiga (tingkat paling atas lalu menyanyi lagu irama tradisional sambil sikat rambut dia yang panjang mengurai tu). Malam seterusnya, diorang dah nampak kelibat sebijik macam kawan admin tapi itu bukan Ida. Kawan aku balik kampung masa tu. Lepas tu, admin dengar dari budak hostel lain yang Ida kena warning, tak boleh menyanyi macam tu lagi. So yang ni maybe tak urban sangat kot..


Kisah Kesepuluh: Jangan Letak Beg atas Loker Anda!

Yang ini amaran pertama yang admin terima dari warden sekolah dan budak sebilik ngan aku. Admin, yang pada mulanya tak tahu apa pasal- kenapa, bagaimana, mengapa, apa dan bila, pulak boleh letak beg dengan selamba atas loker. Satu bilik tak kasi admin dan kawan admin buat macam tu...maklumlah admin dan kawan admin tu orang baru, mana tau. Lepas tu, budak bilik admin kasi tu masa Ara (budak Form 3 yang sebilik dengan admin) baru datang dari Miri jadi dia letak beg atas loker (kebetulan dia duduk katil atas double decker jadi dia ingat senang la letak barang dekat dengan tempat tidur dia).

Malam tu, diorang dengar bunyi orang sepak terajang jalan seret2 dan hentak hempuk kat semua loker, satu bilik jadi ketakutan. Esok pagi, Ara terus campak beg dia dalam almari baldi. Malam seterusnya, bunyi tu dah takde lagi. Admin yang kecut perut sambil pandang memandang kat kawan admin tu terus simpan beg dalam loker sendiri dan tidur dengan berdebar-debar pada malam pertama kat hostel. Walaupun admin tak tahu sama ada kisah tu kisah benar atau tidak, admin tak nak ambik risiko. Lagipun, satu blok bercakap benda yang sama so lebih baik mengembek bila orang lain mengembek.

(p/s: ramai jugak asrama sekolah tak benarkan pelajar letak beg atas loker..mungkinkah disebabkan alasan yang sama?)

Kisah Kesebelas: Main Spirit of the Coin.

Korang tau game papan Ouija? Papan tu guna duit syiling untuk panggil roh dan bercakap dengan roh tu. Permainan Spirit of the Coin ni lebih kurang macam Ouija, femes pada era 90-an bagi budak2 sekolah. Kemudian, kefemesan tu mempengaruhi budak sekolah rendah, dan kawan kakak admin try main game tu sebelum mula kelas fardu ain (kalu tak silap). Itu pun sebab curious nak tau betul ke game ni boleh panggil spirit? Kakak admin tak join sekali, dia menjauhkan diri dari diorang sebab kakak admin bukan jenis orang kuat semangat.

So, bebudak sekolah rendah tu pun main Spirit of the Coin dengan bersungguh-sungguh. Pada awalnya takde apa2 yang terjadi so diorang gelak2 tak percaya dan try lagi. Padan muka diorang, salah seorang kena rasuk, terpaksa mintak tolong cikgu.

Sebenarnya, fungsi Spirit of the Coin dan Papan Ouija tu sama je. Cuma yang bezanya Spirit of the Coin  guna syiling (biasanya 50 sen) dan senaraikan apa yang korang nak tanya atau tahu kat atas lantai atau meja. Selebihnya, game tu sama macam Ouija, reramai sentuh duit syiling dan panggil benda yang tak sepatutnya dipanggil.


Kisah Dua Belas: Jaga Kebersihan Anda Ketika Berada di Kem Sematan.

Kem Sematan merupakan tempat cantik dan indah, tempat wajib untuk senior sekolah aku jalani aktiviti gempur motivasi untuk sekian lamanya-tradisi sekolah turun temurun. Kakak admin pernah ke situ (balik rumah terus demam2), kakak admin yang second pun pernah ke situ (orangnya berani so beliau balik dengan gagah) dan admin pun pernah jugak ke situ (aku balik dengan penyakit gatal kulit sebab jadi penyu kat pantai). 

Dipendekkan cerita, chalet kediaman kitorang ni ditumpang oleh beberapa student pompuan lain yang agak kurang bersih sifatnya. Tak boleh salahkan diorang jugak, budak satu hostel admin pun pengotor, ramai yang datang bulan tapi tak reti nak bersihkan elok2 (dengan alasan rushing jadi tak sempat nak cuci spender sendiri). Admin, yang jugak masa tu dalam tempoh bulan Jepun, admin teringat pesan cikgu dan warden chalet yang ingatkan pelajar pompuan pasal kebersihan. Jadi admin cakap la, jangan la pengotor sangat. Tapi diorang dengar tak dengar je nasihat admin.

Suatu pagi, cikgu admin dah sound menyalak dengan pembesar suara, kasi budak bangun dan solat Subuh. Admin yang masih cuti2 Malaysia masa tu pun join budak non muslim yang rest kat satu rumah, kat situ diorang buat acara Christian Fellowship (nyanyi Puji Tuhan sambil main gitar). Before admin nak kunci pintu chalet, kawan admin 2 orang (non muslim) tak kasi, diorang cakap ada budak pompuan free hair pakai baju lengan panjang macam kitorang masuk dalam tandas. Admin kata admin tak nampak. Kitorang pun argue pasal tu dan akhirnya decide tengok dalam tandas. Admin bukak pintu satu2, tengok kolah, tengok bilik shower tapi xde orang. Lepas tu kitorang saling memandang (dah faham lagi mengerti akan situasi tersebut). Apalagi? Kitorang pun blah dan bila habis aktiviti petang, kitorang bawak baldi, mop, penyapu dan kain buruk.

Sudah tiba masanya untuk kitorang menjaga kebersihan seperti yang sepatutnya.
_________________________________________
Setakat ni kisah seram yang admin tau kat negeri admin. Yang femes di kalangan orang2 yang tahu. Kebanyakannya berlaku kat Kuching dan selebihnya kat kawasan2 lain. Jadi, sekiranya korang tau kisah 'ngutik' yang lain di negeri korang, korang boleh share kat sini (dalam kotak komen). Sekian saja untuk kali ini.

Kredit: The Maiden's Giedd © 

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT