Jumaat, 29 April 2016

SEMAKAN PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI PRU DUN SARAWAK KE-11

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semak PRU 11 Sarawak
Kepada warga Sarawak yang sik tauk giney maok ngecek siney kitak urang pun lokasi mengundi bolehlah menyemaknya di-->SEMAK PRU 11 SARAWAK. Disia kitak urang boleh ndiat Daerah/DUN/ Pusat Mengundi/ Saluran/ Masa Mengundi dan No. Siri kitak urang dengan hanya naip nombor ic kitak urang jak k.


Kepada semua rakyat Sarawak khususnya Dun N5 Demak Laut, jom rami-rami kita keluar mengundi pada 7 Mei 2016 (Sabtu) ya kelak ow. Pilih betul-betul wakil yang kitak urang pangkah k... Undi ya rahsia... Selamat Mengundi Semuaaa!!!

#KamekMiakTebuan
#TeamAdenan
#TheAdenanWay

Khamis, 28 April 2016

Tiga Pengawal Keselamatan DiCekup Kurang 24 Jam

DICEKUP: Suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
KUCHING: Tiga pengawal keselamatan berjaya dicekup kurang daripada 24 jam selepas dipercayai merompak sebuah kedai makan di pusat bandar raya ini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar berkata, seorang daripada suspek yang berusia 22 tahun berjaya ditangkap semasa melakukan jenayah tersebut, manakala dua lagi ditahan di rumah masing-masing petang semalam.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek semasa merompak kedai makan yang beroperasi 24 jam tersebut dikatakan bertopeng dan bersenjatakan pisau serta besi sekitar jam 4.30 pagi semalam.
“Suspek terdahulu menyerbu masuk ke dalam kedai tersebut dan terus mengarahkan seorang pekerja (wanita) menyerahkan wang sebelum menampar mukanya dan serentak itu, seorang lagi suspek memecahkan mesin tunai.
“Insiden tersebut disedari oleh orang ramai (pelanggan) selepas mendengar bunyi bising dari dalam kedai dan seterusnya b
erjaya menangkap seorang daripada suspek, manakala dua lagi berjaya melarikan diri bersama hasil rompakan,” katanya.
Tambah Dev, suspek yang mengalami kecederaan ringan di muka ketika cuba melarikan diri kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan, sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
“Sepasukan Unit D9 IPK Sarawak kemudian melakukan satu serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Semenggok dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun serta menjumpai sampul surat berisi wang tunai RM251 dipercayai hasil rompakan.
“Pada jam 2 petang tadi (semalam), pasukan menahan seorang lagi suspek berusia 24 tahun dari sebuah rumah di Bandar Baru Samariang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ketiga-tiga suspek yang pernah memohon untuk menyertai pasukan polis bantuan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut serta mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
Sehubungan itu, Dev menyampaikan penghargaan kepada orang awam yang berani dan pantas menangkap suspek semasa kejadian tersebut berlaku serta pasukan Unit D9 yang cekap menjalankan tugas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Kredit Info by Borneo Post

Rabu, 27 April 2016

SEJARAH TEBALOI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kesinambungan dari artikel tempoh hari iaitu Cara Membuat Linut.


Apa itu Tebaloi?

Ia merupakan makanan rutin harian atau boleh dikatakan sebagai ganti nasilah untuk masyarakat atau bangsa Melanau yang bermastautin di Sarawak. Tebaloi dibuat daripada pohon sagu, iaitu batang sagu diproses dengan beberapa peringkat sebelum ianya menjadi sebagai Tebaloi yang kebiasaannya berbentuk snek.



Dahulu Tebaloi merupakan kuih asli orang kampung yang dibuat secara kecil-kecilan dikalangan wanita-wanita Melanau di kawasan Mukah dan Dalat. Cara pembuatannya dulu semuanya secara manual dan menggunakan alat-alat tradisional. Oleh itu keluarannya terhad dan masa itu belum dikomersialkan dipasaran lagi.


Kini teknologi pembuatan tebaloi telah dipermodenkan. Kebiasaannya tembaloi dibuat dengan menggunakan belanga kini ditukar kepada oven dan pengering (dryer) yang berkapasiti tinggi dan lain-lain alat moden yang boleh mempercepatkan pemprosesan. Justeru pengeluaran dapat dipertingkatkan ke tahap komersial serta dipasarkan secara meluas bukan saja di pasaran tempatan malah Tebaloi juga dipasarkan sehingga diperingkat antarabangsa.

  

Sampai sini sahaja untuk artikel mengenai Tebaloi. Sampai jumpa lagi untuk artikel seterusnya. Sekian salam perjuangan admin untuk semua warga Sarawak. #OnlyInSarawak.

Wassalam.

 

Selasa, 26 April 2016

Tahukah Anda Nombor Telefon Mengandungi Ciri-Ciri Bertuah?

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v

Gambar Hiasan
Telefon bimbit tidak lagi merupakan simbol orang kaya. Sesiapa pun boleh memilikinya. Akan tetapi, bukan semua orang faham nombor telefon mereka bertuah atau tidak. Dalam masyarakat Cina , kebanyakan orang suka nombor 8 yang bermakna tuah. Mereka percaya bahawa nombor ini akan membawa kekayaan kepada mereka.

Ingin tahu nombor telefon anda bertuah atau tidak, sila rujuk cara menguji di bawah.

Cara:
Dapatkan empat digit terakhir nombor telefon, bahagikan dengan 80, tolak integer (tinggalkan titik perpuluhan), darab dengan 80, inilah keputusannya. 


Contoh: Nombor telefon 01X-7XX8888 , 8888÷80=111.1, 111.1-111=0.1, lepas itu 0.1×80=8. Jadi nombor telefon anda adalah 8 . Cubalah buat ujian ini. 

Gunakan kalkulator untuk mendapatkan jawapan yang tepat . hehe!!! Godek kalkulator dalam phone pun boleh je hoi . Cubalah ~

Nombor Ketuahan:
1    100% bertuah
2     100% tidak bertuah
3    100% bertuah
4    100% tidak bertuah
5    100% bertuah
6    100% bertuah
7     100% bertuah
8    100% bertuah
9     100% tidak bertuah
10    100% tidak bertuah
11    100% bertuah
12    100% tidak bertuah
13    100% bertuah
14    100% tidak bertuah
15    100% bertuah
16    100% bertuah
17    100% bertuah
18    100% bertuah
19    100% tidak bertuah
20    100% tidak bertuah
21    100% bertuah
22    100% tidak bertuah
23    100% bertuah
24    100% bertuah
25    100% bertuah
26    100% tidak bertuah
27       50% bertuah, 50% tidak bertuah
28        100% bertuah
29    100% bertuah
30    100% tidak bertuah
31    100% bertuah
32    100% bertuah
33     100% bertuah
34    100% tidak bertuah
35    100% bertuah
36    100% tidak bertuah
37    100% bertuah
38      60% bertuah, 40% tidak bertuah
39    100% bertuah
40      70% bertuah, 30% tidak bertuah
41    100% bertuah
42      90% tidak bertuah, 10% bertuah
43      50% bertuah, 50% tidak bertuah
44    100% tidak bertuah
45    100% bertuah
46    100% tidak bertuah
47    100% bertuah
48    100% bertuah
49    100% tidak bertuah
50      50% bertuah, 50% tidak bertuah
51      50% bertuah, 50% tidak bertuah
52    100% bertuah
53      60% bertuah, 40% tidak bertuah
54    100% tidak bertuah
55      70% bertuah, 30% tidak bertuah
56    100% tidak bertuah
57    100% bertuah
58      70% bertuah, 30% tidak bertuah
59    100% tidak bertuah
60    100% tidak bertuah
61      50% bertuah, 50% tidak bertuah
62    100% tidak bertuah
63    100% bertuah
64    100% tidak bertuah
65    100% bertuah
66    100% tidak bertuah
67    100% bertuah
68    100% bertuah
69    100% tidak bertuah
70    100% tidak bertuah
71      50% bertuah, 50% tidak bertuah
72    100% tidak bertuah
73    100% bertuah
74    100% tidak bertuah
75      80% bertuah, 20% tidak bertuah
76    100% tidak bertuah
77      70% bertuah, 30% tidak bertuah
78      60% bertuah, 40% tidak bertuah
79    100% tidak bertuah
80      60% bertuah, 40% tidak bertuah
81    100% bertuah

Sumber : tresixtee

Hehe . Korang try lah . main-main je ni . Ni pun admin dapatkan dari blog tresixtee . 
Admin punya nombor yang ke 42 means that admin punya - 90% tidak bertuah, 10% bertuah. Hahahaha...

Korang pula macam mana ? Sila tinggalkannya di ruangan comment . Terima Kasih !
*saja nak tahu* hehe xD  *entri suka suka je ni* tak de lah percaya mana pun :)

CARA MEMBUAT LINUT

Assamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kekeluargaan...

Seperti yang dijanjikan admin dari posting/ sambungan dari Apa Ya Lemantak?


LINUT
Sejenis makanan asli bagi masyarakat Melanau di Sarawak. Ianya diperbuat daripada sagu mentah yang berasal dari pohon sagu.

CARA MEMBUAT LINUT
Cara pembuatan linut tidak terlalu susah tetapi memerlukan teknik yang betul agar adunan linut tidak keras. Bahan-bahan unutk membuat ialah sagu mentah dan air panas. Cara-cara membuatnya adalah dengan menjiruskan air panas secara perlahan-lahan ke dalam besen yang diisi sagu mentah.


Jirusan air dan gaulan yang pantas perlu dilakukan dengan serentak agar adunan tersebut lebih sempurna. Linut biasanya dimakan bersama sambal yang diperbuat daripada belacan. Sayur-sayuran seperti terung iban, daun pakis dan sayur labu adalah makanan sampingan yang biasanya dihidang bagi melengkapi hidangan linut.


Setakat ini saja artikel mengenai Linut dan proses pembuatannya. Dilain artikel, admin akan mengupas dan menerangkan pula mengenai Tebaloi yang juga berasal daripada Lemantak. Sekian saja, sampai jumpa lagi. Wassalam.

Khamis, 14 April 2016

Apa Ya TEPUNG LEMANTAK?

Tepung Lemantak
Nya sik berbau dengan sik berwana, ginye-gineypun hidangannya membangkitkan selera seseorang dengan rasenya yang nyaman dan senang diubah suai ngikut cara tersendiri yang tertentu.

Ya adalah keistimewaan hidangan yang dihasilkan daripada tepung lemantak yang berasaskan sagu dan popular sebagey hidangan istimewa masyarakat Melanau.

Tepung lemantak tok, biasanya dipakey untuk molah Linut, Tebaloi ngan Lempeng.

Dikenali sebagey makanan ruji masyarakat Melanau namun hidangan tok juak digemari dan diminati oleh suku kaum lain di Sarawak.

Bersambung...

#KamekMiakTebuan
#KamekMiakSarawak
#TheAdenanWay
#OnlyInSarawak

Selasa, 12 April 2016

DULU TMTL SEKARANG KMT

Assalamualaikum, Selamat Petang Salam Sejahtera... Salam Kekeluargaan...

Dolok TMTL sekarang KMT. Kenak?

TMTL adalah lebih kepada Kampung Tabuan Melayu yang didalamnya terdirik daripada banyak pecahan kampung seperti Tabuan Hilir, Tabuan Tengah, Tabuan Ulu/Lot dan juak terkini Tabuan Cemerlang.

Kini admin ingin membuat pembaharuan dimana Kamek Miak Tebuan Blog/ FB Page/ Twitter kita lebih universal iaitu menyeluruh bukan ajak isu-isu mengenai urang kampung tabuan Melayu, tetapi membuka isu-isu yang lebih meluas lagik umum kita sebagai miak Sarawak.

Blog/ FB Page/ Twitter yang admin perkenalkan ini telah lama diasaskan dengan nama Tabuan Melayu The Legend (TMTL), tetapi tidak mendapat sambutan yang mengalakkan. Mungkin disebabkan ianya terlalu fokus urang dalam kampung jak.

Cover FB Page Kamek Miak Tebuan


Cover Twitter Kamek Miak Tebuan

*Pengepala untuk Blog Kamek Miak Tebuan seperti dalam blog.

Mungkin dengan adanya pembaharuan yang terkini tok, followers miak tebuan maupun miak siney2 sik kira siney nya tinggal bait di kampung tebuan maokpun kampung lain, dengan erti kata lain nya adalah miak sarawak dapat memberik manfaat.

Melalui saluran kedaktok pihak admin akan menyediakan topik-topik/info-info yang nostalgia yang mungkin dapat mengusik jiwa followers disamping artikal-artikal berbentuk sejarah maokpun islamik.

Diharap dengan adanya saluran yang admin sediakan tok seperti Page KAMEK MIAK TEBUAN dan juak Twitter @kamekmiaktebuan dapatlah followers khususnya yang tinggal diluar Sarawak sedikit sebanyak tauk perkembangan/ berita/ info-info terkini dalam kampung maokpun diluar kampung umumnya Berita dari Sarawak.

Semoga followers kami dapat memberik sokongan yang baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif yang sik berbayar tok.

***KAMEK MIAK TEBUAN***
***SARAWAK INDIEPENDENT PAGE***

Sekian, terima kasih.
Admin KMT

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT