Assalamualaikum... Ceria-ceria selalu.. Hari tok sikda lain topiknak bincang dlm TMTL blog tok.. Idea kureng.. Sapa2 yang ada idea bleh ketengahkan idea kitak org k.. Aritok nak bercerita pasal mcm ney nak membentuk keluarga yang bahagia.. Sila baca dan renung2kan & selamat beramal...
gambar sebagai hiasan
Ibu bapa merupakan pihak yang paling utama
memainkan peranan dalam pembentukan keluarga bahagia. Hal ini kerana ibu bapa
boleh merancang dan membuat tindakan untuk membolehkan keluarga mereka hidup
bahagia. Contohnya, ibu bapa perlu menyediakan kemudahan am dan memberikan kasih
sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak
adab-adab dalam keluarga dan menasihati anak-anak dalam hal-hal yang berkaitan
dengan tingkah laku. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh kepada anak-anak dalam
segala hal yang berlaku di rumah.
Selain itu, ibu bapa juga mesti memberikan
pendidikan kepada anak-anak. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan
pendidikan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka. Pendidikan yang
diperolehi anak-anak akan menjadikan mereka insan yang berguna kepada keluarga
dan seterusnya dapat membentuk keluarga yang bahagia. Anak-anak yang mendapat
pendidikan yang secukupnya tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala sosial
yang kerap melanda remaja masa kini. Oleh itu, apabila anak-anak sudah berjaya,
mereka pasti dapat menyara diri dan membentuk sebuah keluarga bahagia setelah
mereka berkahwin.
Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam
pembentukan keluarga bahagia. Hal ini kerana, anak-anak merupakan ahli yang
penting dalam sesebuah institusi keluarga. Anak-anak mesti menyayangi ibu bapa
dan anggota keluarga yang lain. Mereka juga mesti taat kepada suruhan ibu bapa.
Selain itu, anak-anak juga mesti mengamalkan kebersihan dalam keluarga dan
menjauhi diri daripada perbuatan negatif seperti merokok.
Di samping itu, anak-anak juga mesti
mengamalkan nilai-nilai murni dalam keluarga. Anak-anak mesti bersikap jujur
dan tidak mencuri barang berharga dalam rumah. Perbuatan mencuri patut dijauhi
kerana perbuatan ini akan membawa kepada pergaduhan dalam keluarga. Anak-anak
juga melakukan perintah Allah iaitu sembahyang dan berbuat baik kepada semua
orang. Anak-anak juga mestilah berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana jiran
tetangga dapat membantu sewaktu dalam kesusahan.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan
dalam pembentukan keluarga bahagia. Hal Ini kerana kerajaan mempunyai sumber
kewangan bagi menjalankan program-program ke arah pembentukan keluarga bahagia.
Pihak kerajaan juga boleh menjalankan Kempen Keluarga Bahagia melalui stesen
televisyen dan radio yang dimilikinya. Kursus dan Seminar Keluarga Bahagia juga
perlu diadakan di setiap daerah, Usaha ke arah pembentukan keluarga bahagia ini
mesti dibuat berterusan supaya ia dapat mendatangkan kesan positif yang
berpanjangan.
Renungan bersama.
Created by
ADMIN TMTL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan