Sabtu, 8 September 2012

Selepas Raya Jom Kita Rami2 Posa 6 Di Bulan Syawal

 
Salam buat semua Warga TMTL..
 
Dah brapa hari Admin sik catat apa2.. sorilaa.. bz dah stat kerja.. hihih
Ok.
Seminggu dah kerja,suasana dijalan raya, dah stat jem dah.. Kebanyakan sidak opiz prentah banyak yang molah 'Rumah Terbuka Raya'. Ada yg molah kecil-kecilan dan ada yang molah secara 'Grand'..
 
Selepas hari raya tok, ada yang ngambik kesempatan berposa 6 hari dibulan syawal ..kebanyakannya orang tua tua la..ada juak nembiak2 kita berpuasa tahniah.. .berpuasa enam hari dibulan syawal banyak fadilat dan kelebihannya. Antaranya penghadaman pemakanan masih lagik dalam kesederhanaan dan sik ada penghadaman yang luar biasa..selepas hari raya.maklumlah selepas hari raya makan macam2...lomang, ketupat, rendang dan banyak makanan yang berkolestrol...berposa adalah salah sigek ibadah yang dapat membendung daripada penyakit kronik seperti darah tinggi , kencing manis dan tekanan jantung...kita merancang Allah yang menentukan..
 
Sesungguhnya puasa selama 6 hari di bulan Syawal mengandungi pahala yang sangat besar sekali. Ini adalah berdasarkan hadith daripada Abu Ayyub al-Anshari, sesungguhnya Rasulullah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Mafhumnya:Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, maka baginya pahala seumpama mengerjakan puasa sepanjang tahun.

Sebahagian ulama menafsirkan, mengerjakan posa sepanjang tahun tok merujuk kepada ganjaran kebajikan yang ada pada posa wajib di bulan Ramadhan dan posa sunnat di bulan Syawwal ini. Ini lebih jelas disebutkan di dalam hadith daripada Thauban, daripada Rasulullah, sesungguhnya Baginda bersabda:

مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ، مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشَرَ أَمْثَالُهَا
Mafhumnya: Barang siapa berpuasa enam hari selepas Eidul Fitri (Hari Raya Puasa), adalah (seolah-olah mencukupkan puasa) sepenuh tahun. Barang siapa yang melakukan satu kebajikan, maka baginya (digandakan) sepuluh kebajikan sepertinya.

Oleh kerana itu, posa sebulan di bulan Ramadhan seolah-olah berposa 10 bulan (atau 300 hari kerana 30 hari x 10), dan posa 6 hari Syawwal seolah-olah berposa 2 bulan (atau 60 hari kerana 6 hari x 10) yang menjadikan jumlahnya setahun (atau 360 hari dan setahun mengandungi 360 hari).

Wallahu a'lam bisowof..
 
Jom rami2 posa 6 di Bulan Syawal... TMTL Boleh bahhh!!!
 
 
Created by,
Panglima Hitam
Blog Admin
TMTL
at 11.43 a.m
8 September 2012/ 21 Syawal 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT