Ahad, 2 September 2012

JOM HEBOH DI KUCHING SARAWAK

        Wahai Warga TMTL yang dihormati dan disayangi.Karnival Jom Heboh kembali agik dengan pelbagai aktiviti rekreasi ngan riadah serta kandungan program yang lebih segar ngan menarik! Meraikan 10 tahun kemeriahan, Jom Heboh edisi 2012 menjelajah ke 8 lokasi iaitu Melaka, Kuala Terengganu, Ipoh, Putrajaya, Kota Bharu, (PERKARANGAN STADIUM NEGERI SARAWAK), Johor Bharu dan Kuala Lumpur.

       Pelbagai aktiviti menarik disediakan di gerai-gerai kendalian TV3 seperti Studio Cereka, Wanita Inspirasiku, Bananana TV3, MyTV3 dan Kota Ilmu yang memuatkan segala maklumat, cenderamata kelutaran terhad dan promosi program-program TV3 selain berpeluang untuk beramah mesra bersama personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair. 
 
       Jom Heboh Sarawak bakal digegarkan dengan siaran langsung Konsert Jom Heboh yang akan diadakan pada hari tok Ahad (2 September 2012) jam 9.00 malam dari Pentas Utama, tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Petrajaya yang menampilkan artis-artis popular seperti Bunkface, Azlan TheTypewriter,Alyah dan Stacy.
 
       Sarawak merupakan lokasi yang ketujuh dalam siri penjelajahan Jom Heboh edisi 2012 untuk mengadakan siaran langsung Jom Heboh selepas Kota Bharu Kelantan.
 
       Kepada Warga TMTL yang ingin ber "Jom Kamboh" disia, dinasihati supaya berhati-hati dijalan raya ketika hendak ke Jom Heboh.Pastikan kenderaan anda di 'Parking' ditempat yang selamat serta pastikan betul-betul kenderaan di'Locked' tanpa was-was. Barang-barang berharga jangan sesekali ditinggal didalam kenderaan,mun nok ninggal juak,pastikan disembunyi supaya tidak dilihat.
 
       Jangan lupak juak, ketika kita berjalan ke hulu-hilir sana sini, berhimpit2.. bagi yang perempuan pastikan handbag anda berada didepan anda,yang lelaki jangan engkah dompet dibelakang,engkah didepan poket kitak orang. Bagi yang ibubapa yang ngembak anak-anak kecil pasti dijaga dengan rapi kerana takut dikhuatiri bendo yang sik ingini berlaku.
 
       Semuga hari tok di Jom heboh adalah hari yang terindah anda bersama keluarga tersayang. Selamat bercuti kepada Warga TMTL.. Jom Rami-rami pegi nengok "JOM HEBOH" di perkarangan Stadium Negeri Petrajaya Kuching Sarawak.
 
 
"PERINGATAN!:Tempat Parking Jauh.Berhati-hati..SABAR!
                                                  -Paham Bisa-"
 
 
Created by
Panglima Hitam
TMTLblogadmin
TabuanMelayuTheLegend
 
 
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT