Khamis, 20 September 2012

FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH BUNUH

Gambar Hiasan
 
Entri kali tok admin mok kelakar pasal faktor jenayah bunuh tok. Banyak faktor boleh ngakibat berlakunya jenayah bunuh dan banyak kesan jaik yang berlaku disebabkan jenayah bunuh tok.Maka jenayah bunuh tok adalah satu topik yang cukup penting untuk dimunaqosyah(bincang)kan dalam blog TMTL tok.
 
Manusia nektok seolah-olah sik takut "Berani" untuk molah pembunuhan disiney-siney.Dikampung,kawasan ditengah-tengah bandaraya,di tempat pendidikan,di tempat orang rami, ditempat orang sunyik,waktu pagi ngan malam.
 
Kebanyakan sidak yang terlibat melakukan pembunuhan adalah kerna:
 
-Putus Cinta dengan teman istimewa
-Masalah di dalam keluarga
-Dendam terhadap individu
-Ingin membolot harta
 
Ibubapak adalah di antara orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak.
 
Pada zaman moden tok ngan globalisasi tok, sidaknya sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga sidaknya lupak ngan tanggungjawab hakiki sidaknya iaitu mendidik ngan ngajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Noktok juak adalah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar ngan remaja-remaja runtuh.
 
Natijahnya,sidaknya tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol,membunuh,menyamun dan peras ugut. Filem-filem aksi dari barat yang menyiarkan adegan bunuh-membunuh dalam bentuk VCD semakin berleluasa walaupun ianya kurang disiarkan di kaca-kaca televisyen.
 
Seperti yang baruk-baruk tok apa yang kita dengar dalam newspaper ngan tv berhampiran ngan kawasan kita (Kampung Segedup,Batu Kawah),satu tragedi yang menyayat ati dimana mangsa dibunuh didepan rumah dengan menggunakan senapang patah dengan kesan 7 tembakan di kepala(mati on the spot).
 
Jenayah bunuh dengan menggunakan senjata tok kita lihat sudah menular ke negeri kita Kuching Sarawak. Kalo benda tok sik dibanteras berkemungkinan ia sampey dekat ngan kita.
 
Oleh kerna ya, Pihak berwajib,masyarakat setempat sama-sama berganding bahu untuk mencegah jenayah yang seumpama ini daripada menular ke kawasan kita di TMTL. Seperti yang disarankan oleh Yb kita sewaktu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Tabuan Lot baru-baru ya tek, supaya molah sigek KRT(Kawasan Rukun Tetangga) di setiap kampung khususnya di TABUAN MELAYU THE LEGEND tok.
 
Akhir kata dari admin untuk entri kali tok, adalah diharap WARGA KAMPUNG TABUAN MELAYU THE LEGEND SENTIASA BERHATI-HATI DAN BERWASPADA.PASTIKAN PINTU GATE RUMAH/PINTU RUMAH BERKUNCI UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KES BERLAKU.
 
"SENTIASA MEMASTIKAN KESELAMATAN DIRI,KELUARGA & HARTA BENDA"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT