Khamis, 20 September 2012

FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH BUNUH

Gambar Hiasan
 
Entri kali tok admin mok kelakar pasal faktor jenayah bunuh tok. Banyak faktor boleh ngakibat berlakunya jenayah bunuh dan banyak kesan jaik yang berlaku disebabkan jenayah bunuh tok.Maka jenayah bunuh tok adalah satu topik yang cukup penting untuk dimunaqosyah(bincang)kan dalam blog TMTL tok.
 
Manusia nektok seolah-olah sik takut "Berani" untuk molah pembunuhan disiney-siney.Dikampung,kawasan ditengah-tengah bandaraya,di tempat pendidikan,di tempat orang rami, ditempat orang sunyik,waktu pagi ngan malam.
 
Kebanyakan sidak yang terlibat melakukan pembunuhan adalah kerna:
 
-Putus Cinta dengan teman istimewa
-Masalah di dalam keluarga
-Dendam terhadap individu
-Ingin membolot harta
 
Ibubapak adalah di antara orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak.
 
Pada zaman moden tok ngan globalisasi tok, sidaknya sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga sidaknya lupak ngan tanggungjawab hakiki sidaknya iaitu mendidik ngan ngajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Noktok juak adalah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar ngan remaja-remaja runtuh.
 
Natijahnya,sidaknya tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol,membunuh,menyamun dan peras ugut. Filem-filem aksi dari barat yang menyiarkan adegan bunuh-membunuh dalam bentuk VCD semakin berleluasa walaupun ianya kurang disiarkan di kaca-kaca televisyen.
 
Seperti yang baruk-baruk tok apa yang kita dengar dalam newspaper ngan tv berhampiran ngan kawasan kita (Kampung Segedup,Batu Kawah),satu tragedi yang menyayat ati dimana mangsa dibunuh didepan rumah dengan menggunakan senapang patah dengan kesan 7 tembakan di kepala(mati on the spot).
 
Jenayah bunuh dengan menggunakan senjata tok kita lihat sudah menular ke negeri kita Kuching Sarawak. Kalo benda tok sik dibanteras berkemungkinan ia sampey dekat ngan kita.
 
Oleh kerna ya, Pihak berwajib,masyarakat setempat sama-sama berganding bahu untuk mencegah jenayah yang seumpama ini daripada menular ke kawasan kita di TMTL. Seperti yang disarankan oleh Yb kita sewaktu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Tabuan Lot baru-baru ya tek, supaya molah sigek KRT(Kawasan Rukun Tetangga) di setiap kampung khususnya di TABUAN MELAYU THE LEGEND tok.
 
Akhir kata dari admin untuk entri kali tok, adalah diharap WARGA KAMPUNG TABUAN MELAYU THE LEGEND SENTIASA BERHATI-HATI DAN BERWASPADA.PASTIKAN PINTU GATE RUMAH/PINTU RUMAH BERKUNCI UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KES BERLAKU.
 
"SENTIASA MEMASTIKAN KESELAMATAN DIRI,KELUARGA & HARTA BENDA"



PUJANGGA UNTUK WARGA TMTL

"

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
 
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
 
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin

"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno

"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius

"Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J

"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

"Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun."

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."

"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."

"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley Sheridan

"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius

"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."

"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."

"Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu." ~ Pepatah Arab

"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze

"Awal mula pohon ialah benih.."

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."

"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."

"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."

"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."

"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews

"Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi."

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."

"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."

"Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."

"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian."

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."

"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."

"Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya."

"Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." ~ Khong Hu Cu

"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya."

"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."

"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."
"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire
"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."

"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."





"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."
 
 
"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
"Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi."

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson

"Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh."

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

"Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."

"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

"Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya."

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.."

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier

"Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali."

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." ~ Flower A. Newhouse

"Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa."

"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya."

"Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya."

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."

"Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."

"Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga."

"Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." ~ William J. Siegel

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."

"Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.."

"Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda."

"Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan."

"Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri."

"Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib."

"Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil."

"Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia."

"Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran." ~ Horatius

"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan." ~ Mognon Me Lauhlin

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.."

"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab

"Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong."

"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier

"Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya."

"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said Mustafa

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

"Menyimpang seinci, rugi seribu batu." ~ Peribahasa Cina

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

"Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh."

"Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya." ~ John Petitsenn

"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat." ~ Joseph Conrad
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket."

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri."

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai."

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan."

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."


"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir."

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat."


"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar." ~ Barbara Hall

"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang." ~ Whitney W Young


"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit." ~ Allen Tate


"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi."

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan."

"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri."

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA."

"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan."

"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka."

"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai."

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya."

"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu."

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."


"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam."

"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar."

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain."

"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari."

"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan."

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

Rabu, 19 September 2012

JOM JOINS TMTL GROUP-JOM KITA CATAT REKOD "PECAH REKOD" PENGIKUT PALING RAMI

 
ADMIN MENCADANGKAN GROUP TMTL DAPAT PECAH REKOD YANG MANA PENGIKUT PALING RAMI DALAM TMTL GROUP SIK KIRA DALAM BLOG,DALAM FACEBOOK ATAU TWITTER..
 
APA KATA KITA OWG SEMUA TENTANG AKTIVITI TOK?
MUN DAPAT K MERIAHNYA LAGIK KITA JEMPUT SEGALA YB OR DAK REPORTER UTK KETENGAHKAN PERKARA TOK..
 
JOM JOINS GROUP TMTL!!!
 
TMTL BOLEH BAHHHH.....
 
 
Created by
TABUAN MELAYU THE LEGEND

SYABAS ANAK MUDA TMTL - ANAK MUDA HARUS BERSEMANGAT "PATRIOTISME"

TERBAIK!-Peserta Ekpedisi Kayuhan Merdeka 1 Malaysia menunjukkan tanda satu
menandakan kemenangan mereka sampai dari Tawau ke Kuching.
(3 dari kiri adalah Anak Mudak Kampung Tabuan Bukit Kubor)
 
Entri kali tok,admin nak madah pasal "PATRIOTISME".
Setiap anak mudak di Sarawak tok terutamanya warga TMTL sepatutnya disemai ngan semangat "Patriotisme" bagi membolehkan negeri, kursusnya kampung TMTL tok terus makmur.
 
Penyemaian semangat tok penting agar mereka kursusnya sidak warga TMTL dapat menghargai makna kemerdekaan dan memahami keperitan perjuangan generasi dahulu membebaskan negara serta negeri ini terutama kampung kita daripada dibelenggu penjajah walaupun kemerdekaan kita sudah berlalu pergi.
 
Mun boleh lahirkan lebih rami sidak anak mudak yang mempunyai semangat "Patriotisme" untuk membolehkan Sarawak terus makmur lebih2 lagi di kampung kita TMTL tok.
 
Bagi admin, pelbagai usaha boleh dimainkan untuk menarik minat generasi mudak untuk memahami pengertian kemerdekaan termasuk menganjurkan aktiviti riadah seperti berbasikal. Kita atau pihak berwajib boleh menganjurkan aktiviti berbasikal.TMTL ada Kelab Basikal yang dinamakan Tabuan Melayu Recreation Cycling Club (TMRCC).
 
Seperti yang admin engkah gambar sidak 4 diatas nun, adalah peserta Ekpedisi Kayuhan Merdeka 1 Malaysia dimana sidaknya mengharungi perkayuhan yang jauh dari Tawau hingga ke Kuching selama 18 hari bermula dari 28 Ogos hingga 14 September yang lepas.Salah seorangnya adalah ANAK TABUAN BUKIT KUBOR. Admin ngucap syabas kerna ada juak wakil dari kampung kita TMTL.
 
Apa yang sidak 4 ya polah bukan senang,sidaknya terpaksa ninggal anak bini selain sidaknya berdepan pelbagai cabaran. Semangat kedak toklah yang kita maok tunjukkan dan ia sepatutnya menjadi peransang kepada anak2 mudak untuk menghargai kemerdekaan.
 
Program ya adalah program yang julung kalinya diadakan dan untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia dan bagi menyampeykan mesej perpaduan kepada masyarakat.
 
Kita di TMTLpun boleh juak kedak ya bah.. yang penting SEMANGAT KERJASAMA.
 
Akhir sekali diharap entri kali ini menjadikan kita TMTL lebih bersemangat bukan saja setakat semangat di hari merdeka sahaja,malah semangat ya sentiasa dalam diri.
 
Entri tok adalah diubahsuai sebaik mungkin pengolahan ayatnya demi memudahkan bacaan orang kita TMTL.
 
Salam dari admin untuk warga TMTL.

Selasa, 18 September 2012

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI DI KPG TABUAN LOT-Masjid,Suro Sebagai Pusat Pembangunan Ekonomi

 
 
 
Salam semua, entri kali tok adalah ramah tamah aidilfitri di Tabuan Lot. YB kita Dr Hazland madah, semua dak masjid ngan suro yg dlm lingkungan DUN Demak Laut akan ditransformasikan menjadi Pusat Pembangunan Ekonomi dalam kampung.nya madah piya ha..bukan admin ok.
 
Sehubungan ngan ya, Yb ada madah juak bahawa transformasi ya merangkumi masjid ngan suro yang dipelbagaikan fungsinya bukan setakat nok beribadah ajak,tetapi juga menjadi tempat Penjana Ekonomi Penduduk Kampung.
 
"Untuk pengetahuan, KITA mempunyai perancangan untuk mempelbagaikan fungsi masjid ngan suro yang mana ia akan ditransformasikan menjadi pusat pembangunan ekonomi untuk setiap kampung di kawasan DUN Demak Laut".Kata Yb ketika beramah mesra ngan penduduk kampung tabuan lot yang ngada RAMAH TAMAH AIDILFITRI di sini malam dolok.
 
Nya madah agik, ada 4 masjid ngan suro di kawasan DUN Demak Laut telah diberik kursus untuk menubuhkan koperasi atau syarikat atau kedua-duanya bagi menjana ekonomi kampung berkenaan kursusnya TMTL. Tujuan nok nubuh koperasi @ syarikat ya sik lain dan sik bukan adalah untuk membantu meningkatkan lagi taraf sosioekonomi masyarakat setempat.
 
"Dengan adanya Koperasi @ Syarikat di Masjid ngan Suro, maka segala peruntukan dari pihak kerajaan, dapat disalurkan terus ke Koperasi @ Syarikat tersebut bagi melaksanakan apa2 naiktaraf masjid @ suro. Bukan ya ajak, sidak Koperasi Masjid @ Suro boleh encarik dirikpun kontraktor untuk kerja2 naiktaraf ya disamping kerja gotong-royong sesama ahli." Jelasnya piya.
 
Malah katanya sidak koperasi masjid @ suro ya boleh juak mukak Kedey Rakyat 1Malaysia dimana enjual barang2 runcit ngan harga yang berbaloi di setiap kampung di kawasan DUN Demak Laut.
 
Sidak Kampung yang di bawah DUN Demak Laut disarankan untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi memantapkan perpaduan masyarakat dalam kampung."KRT amat penting dan ia perlu ditubuhkan setiap kampung justeru saya amat menggalakkan setiap kampung dalam DUN Demak Laut mempunyai KRT"Ujarnya.
 
Harapan Admin agar segala perancangan dan saranan oleh YB kita Dr Hasland Hipni berjalan dengan lancar dan dimakbulkan oleh Allah SWT.
 
Created by
TABUAN MELAYU THE LEGEND

Ahad, 16 September 2012

SIAPA "RAJA SUNGEY"-GAMBAR-GAMBAR MENARIK REGGATA 2012 @WATERFRONT KUCHING SARAWAK

KUCHING,16 SEPTEMBER-  Penentu Gelaran "RAJA SUNGEY" dahpun ditauk dan diramalkan. Berkemungkinan "Raja Sungey" ialah PASUKAN JANG kerana pasukan tersebut sentiasa mendominasikan dengan mendapat tempat pertama. Berkemungkinan tempat kedua dan ketiga jatuh kepada pasukan PUSAKA dan PUTERI DANG BALAI.
 
Sebelum ya pada jam 2 ptg lalu rami sidak dah berkumpul di deretan waterfront untuk menyaksikan himpunan kelompok pasukan handalan yang telah menjuarai saringan demi saringan.
 
Bagi menentukan keputusan yang sahih lagi benar, sama-sama kita nantikan keputusannya nanti samaada di televisyen ataupun di suratkhabar-suratkhabar tempatan.
 
Dibawah ini adalah gambar-gambar menarik untuk tontonan umum sepanjang/sekitar REGATA 2012 @ Waterfront Kuching,Sarawak pada 16 September 2012.
 
Majlis Penutupan Rasmi hari tok tek disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin.
 
Selamat Menonton semua.

BESAR PUNYA..Pelancong dari luar negara sik ketinggalan utk mengambil gambar REGATA 2012 @ Waterfront Kuching.

 
 SABAR... Dua pelancong menunggu dengan sabar sebelum acara bermula.

 RONDA... Penyokong PERUMAHAN sanggup menonton menggunakan bot sewaan bagi melihat lebih dekat lagi perlumbaan REGATA 2012.

 DEBAR... Pengkayuh 20 bersedia utk ke garisan permulaan.

KHUSYUK... Penonton REGGATA 2012@Waterfront Kuching tidak berganjak dan sanggup berpanas bagi menyaksikan pelumbaan berkenaan.

 
SELAMAT TINGGAL...Kini tangguhla sudah SARAWAK REGGATA 2012 di Waterfront Kuching,Sarawak. Sama juak ngan Bulan Posa, Hari Raya Aidulfitri dan juga Hari Malaysia 2012. Semoga berjumpa dimasa,waktu dan tempat yang sama di tahun hadapan dgn doa dan harapan agar dipanjangkan usia.
 
"KALO ADA SUMU DILADANG,
BOLEH KAMI MENUMPANG MANDI,
KALO ADA UMUR YANG PANJANG,
TAHUN DEPAN JUMPA LAGI."


Created by,
TABUAN MELAYU THE LAGEND


Sabtu, 15 September 2012

WARNA WARNI DI SARAWAK REGATTA 2012 @WATERFRONT KUCHING

WARNA-WARNI @SARAWAK REGGATA 2012 @ WATERFRONT KUCHING,SARAWAK.
 
PERKAYUHAN PERAHU 30 DI SUDUT RIVERSIDE HOTEL.
 

PARA PENCINTA LUMBAK PERAUK TURUT SIK KETINGGALAN MENYAKSIKAN ACARA SARAWAK REGGATA 2012 @WATERFRONT.
 

PESERTA LUMBAK PERAUK MOK KE GARISAN PERLEPASAN
 

MENUJU KE GARISAN PERMULAAN.
 

KAMI BERPASUKAN UTK KE GARISAN 'STARTER'.
 

PENGKALAN BOYAN SESAK DENGAN PENONTON YANG INGIN MENENGOK LOMBAK PERAUK YANG BARUK BERLEPAS.
 

PASUKAN KESELAMATAN TURUT SIK KETINGGALAN BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN PARA PESERTA LUMBAK PERAUK @REGGATA 2012 @ WATERFRONT KUCHING,SARAWAK.
 

PERLEPASAN BERMULA.
 

SEMANGAT MEMBARA PARA PESERTA LOMBAK PERAHU.
 

PARA PELUMBAK PERAUK DGN LATARBELAKANG DUN SARAWAK.
 

BOAT2 IRINGAN UTK MEMASTIKAN KESELAMATAN PESERTA LUMBOK PERAUK.
 

DISAMPING REGGATA 2012 KARNIVAL SAINS & INOVASI JUGA ADA DIANJURKAN @ WATERFRONT SQUARE,KUCHING.
 
 
ESOK JANGAN LUPAKKKK!!! 16 SEPTEMBER 2012
FINAL RAJA AIR...
JOM RAMI2 PEGI NANGGGGAAAA!!!!
 

Jumaat, 14 September 2012

TOL PERCUMA SEMPENA HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2012


KEPADA WARGA TMTL YANG DSANJUNGI DAN DISAYANGI.. BERITA BAIK BUAT KITAK OWG SEMUA.. PADA HARI MALAYSIA KELAK 16 SEPTEMBER 2012 PIHAK ZECON AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN TOL PERCUMA.

INI KERNA UNTUK MEMBERIK KELEBIHAN HARI YA.. UNTUK KITA2 PENGGUNA JALAN RAYA YANG SELAMA INI MEMANG NOK YA DITUNGGU2.. BENDA "FREE" SEMUANYA TERBAEKKKK!!!

TERIMA KASIH KEPADA PIHAK ZECON KERANA MEMBERI TOL PERCUMA 16 SEPTEMBER 2012 ( DARI JAM 12TGHMLM - 12 TGHMLM).


TERIMA KASIHH.. TERIMA KASIHHH... TERIMA KASIHHH... KACAKNYA JAMBATAN SALAHUDDIN TOKK... MENTANG2LA TOL PERCUMA..LALU DIPUJINYA... HIHIHI

TOL PERCUMA 16 SEPTEMBER 2012 SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA
(12 TGHMLM HINGGA 12 TGHMLM)

Created by,
TABUAN MELAYU THE LEGEND
TMTL ADMIN

Khamis, 13 September 2012

HAKIKAT ATAU MADAH BERHELAH? PAHAM BISA.. TAK PAHAM BINASA!


JOM "BERMUKUN" DOLOK WARGA TMTL


ERTI KEMERDEKAAN.."SALAM HARI MALAYSIA"

 
"KAMU BELUM LAGI MERDEKA
SEKIRANYA KAMU MASIH DIJAJAH OLEH NAFSU KAMU
SEHINGGA IBADATMU TIDAK DAPAT MENCEGAH MUNGKARMU
LIDAHMU BERAT MENYEBUT NAMA ALLAH
DAN IDOLAMU BUKANNYA BAGINDA S.A.W DAN ULAMA AKHIRAT,
KETAHUILAH, KEMERDEKAAN YANG SEBENARNYA
ADALAH MERDEKA TAUHIDNYA DARIPADA SYIRIK KEPADA ALLAH."

 
"KEMERDEKAAN
ADALAH MERDEKA
DARI MENJADI
HAMBA
DUNIAWI
& NAFSU"
 
 
Created by,
TABUAN MELAYU THE LEGEND
 

BUKAN NAK BERPOLITIK TAPI NAKKAN KEBENARAN

 
"BERKALI-KALI PERMOHONAN AYAH UNTUK BANTUAN..
PENAT AKU ISI BORANG ITU BORANG INI
IBU CAKAP LETAK LA BENDERA...
TANDANYA SEMANGAT.
TANGGA RUMAH PUN DAH REBAH
RAMAINYA LAWATAN DAN BANCIAN
KESIAN AYAH DAN IBU..
"BESOK KALO AKU MATI..KO KAFAN JE..LA
DENGAN BENDERA TU"
RUNGUT AYAH MARAH DAN GERAM..,
IBU MENANGIS DI DAPUR,
AKU MENANGIS DI TANGGA PINTU..
masih menagih janji..
tapi TAK DITEPATI.. BERKALI-KALI
ayah..,KITA orang miskin..
suara kecil..
hanya sampai di tangga pintu"
 
 
 
Created by
 
TABUAN MELAYU THE LEGEND

Selasa, 11 September 2012

PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN HPV PERCUMA BAGI WANITA BERUMUR 18 TAHUN BERMULA

 
 
PUTRAJAYA, 16 JULAI 2012, Program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) percuma kepada wanita berumur 18 tahun bermula hari ini dengan fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain bermula bulan depan.
 
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, program itu adalah usaha mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim).
 


"Suntikan untuk kumpulan wanita berumur 18 tahun ini sahaja dibuat selepas suntikan bagi kumpulan wanita berumur 13 tahun dimulakan tahun lalu selepas Belanjawan 2012 menyaksikan kerajaan menyediakan peruntukan RM50 juta bagi tujuan itu," katanya.

HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebar menerusi hubungan seks dan Daftar Kanser Kebangsaan menganggarkan dua hingga tiga kes baharu kanser serviks dilaporkan setiap hari pada 2007.



Aminah berkata, semua wanita berumur 18 tahun digalakkan untuk mendapatkan suntikan percuma ini yang ditawarkan di 58 Klinik Nursejahtera serta Klinik-klinik kesihatan di semua institusi pengajian tinggi awam.
 
Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas majlis perasmian Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita di Dewan Perdana Nur Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, yang disempurnakan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Tengku Adnan dalam ucapannya pada majlis itu berkata peruntukan RM50 juta bagi program tersebut membuktikan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan wanita dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

 


Bagi kitak orang Warga TMTL wanita yang lahir pada tahun 1993 sahaja boleh mendapatkan 3 suntikan HPV percuma ya di alamat yang tertera di bawah nun. Yang laki2 sikboh nak buang tabiat nak suntik juak k.
 
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi/pergi terus ke alamat di debah tok:
 
KLINIK NUR SEJAHTERA LPPKN NEGERI SARAWAK
Wisma Polarwood,Jalan Satok 94300 Kuching,Sarawak.
Tel: 082-411036/35 Sambungan100(Klinikal)
 
 
Kepada Warga TMTL yang lahir pada 1993 (Wanita Sahaja)pergilah untuk mendapatkan suntikan HPV yang percuma ya. Rugi sik pergi kitak orang,percuma gik ya.. Bukan apa untuk kesihatan. Apa yang penting sitok,JAGA KESIHATAN KITAK ORANG.
 
 
Salam dari,
 
TABUAN MELAYU THE LEGEND
 



 

Isnin, 10 September 2012

ISU-ISU TMTL YANG LEPAS MASUK SURATKHABAR

PENDUDUK TABUAN MELAYU PERLU
PERKHIDMATAN WiFi
 

 
 
 
 
 
HIDUPKAN SEGERA LAMPU ISYARAT DI JALAN TABUAN MELAYU:PENDUDUK 
 
 
 
 
 
 
Tahniah kepada pihak2 (Lak Ator Nya-LAN) yang bertanggungjawab di atas usaha mengetengahkan isu2 TMTL ini ke media masa yg sepatutnya bagi memudahkan pihak berwajib untuk tahu setiap permasalahan yang kita TMTL hadapi.
 
Diharap usaha-usaha sebegini dapat diteruskan bagi merealisasikan impian-impian anak-anak TMTL disamping untuk mengembangkan dan memajukan kampung kesayangan kita di TMTL.
 
Dengan adanya saluran-saluran sebegini dapat kita ketengahkan pendapat2, permasalahan kita di TMTL.
 
Diharap penulis blog Lak Ator Nya (LAN) saling bantu-membantu utk isu2 mcm tok di masa akan datang..
 
TMTL Terbaek!! Boleh Ba Kalo Kau!!
 
Salam Perjuangan dari
TABUAN MELAYU THE LEGEND
 
Created by,
TMTL GROUP ADMIN
ISNIN, 10/9/2012M(Bersamaan 23 Syawal 1433H)


SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT