Jumaat, 14 Jun 2024

SENARAI KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM (KMKK) BAGI KAMPUNG TABUAN MELAYU

 Assalamualaikum dan Salam Kasih sayang semua...

Tauk sik kitak urang, yang kite di Kampung Tabuan Melayu ada mempunyai seorang Penghulu (Ketua Masyarakat) dan 7 orang Ketua Kaum/ Kampung dimana Ketua Kaum/Kampung masing-masing menjaga kawasan kampung masing-masing yang diketuai oleh Penghulu.

Sik kenal maka sik cinta, Penghulu kite iaitu Penghulu Amzah Haji Dollah adalah penghulu yang diam/ tinggal di Kampung Tabuan Tengah dimane satu ketike dolok beliau pernah menjawat jawatan sebagei Ketua Kaum/Kampung dan kinektuk dah nait pangkat sebagei Penghulu. Alhamdulillah.

Ayahanda Penghulu Amzah Hj Dollah tuk diberik amanah untuk menjaga keseluruhan Kampung Tabuan Melayu dengan dibantu oleh Ketua Kaum/Kampung disetiap kawasan iaitu Kampung Tabuan Hilir, Kampung Tabuan Lamak, Kampung Tabuan Selipar Putus/ Tabuan Cemerlang, Kampung Tabuan Tengah, Kampung Tabuan Lot, Kampung Tabuan Lot Ulu/ Dani.

Boleh klik link dibawah untuk nangga sendirik Senarai Penghulu & Ketua Kaum (KMKK) Kampung Tabuan Melayu termasuk tempoh perkhidmatan dan talian untuk menghubungi sidaknya.

SENARAI KETUA MASYARAKAT (TEMENGGONG,PEMANCA DAN PENGHULU KAWASAN)

SENARAI KETUA KAUM BAGI MASYARAKAT MELAYU

Semoga info tuk berguna dan bermanfaat untuk kitak urang semua dimasa akan datang. Foto bagi kesemua KMKK Kampung Tabuan Melayu setakat tuk dapat diperolehi dari tuan badan, In Shaa Allah kelak KMT akan mintak sorang-sorang ngan sidak untuk polah sigek artikel/ Biodata setiap sidaknya untuk pengetahuan kita semua.

Oklah... setakat tuk jak dijam yang sik lamak gik nak masuk Solat Jumaat, Akhir kalam... Salam Jumaat Penghulu Segala Hari kepada semue warga kampung dan dikesempatan tuk, diucapkan juak Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H. Semoga Pengorbanan Kita Selamak Tuk Diterimak dan Mendapat Pahala Disisi Allah SWT. Aaamiin!

Jumaat, 17 Mei 2024

Menyelusuri Sejarah Kampung Tabuan Selipar Putus

Kampung Tabuan Selipar Putus adalah sebahagian dari Kampung Tabuan Hilir. Dari dulu sampai sekarang namanya telah melekat dibibir-bibir orang kampung. Ada yang mengatakan bahawa namanya wujud kerana terputus oleh pembuatan jalanraya. Kalau menurut versi Nek Kadok (bukan nama sebenar) bahawa namanya wujud ada kaitan dengan sejarah 'Selipar Jepon' yang terputus akibat tanah dikawasan tersebut tanah paya. Benarkah Al-Kisah ini, sama-sama kita fikirkan atau mungkin ada diantara anda mempunyai Al-Kasih tersendiri mengenai kewujudan nama Kpg Tabuan Selipar Putus. Kalau ada, bolehlah berkongsi disini...

*Ada signboard jalan maok masuk Kpg Tabuan Selipar Putus yakah?
Gambar sekadar hiasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT