Khamis, 2 Februari 2023

Anak Jati Tebuan Ke Kem Latihan Sebagai Persiapan Piala Asia B-17 2023 di Thailand


Sekalung Tahniah dan Good Luck anak jati tebuan, Ahmad Danial Razali yang akan ngikuti sesi serami 40 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad B-17 Kebangsaan Menjelang Piala Asia B-17 2023 Di Thailand.
Beliau merupakan anak Sarawak, anak jati Kampung Tabuan Melayu (Kpg Tabuan Tengah) dan bersekolah SK Tabuan Hilir dan ngikuti latihan di Akademi Tunas NFDP Kuching Generasi 2006 dan seterusnya nya nyambung karier pendidikan serta bola sepak di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang Pahang sampeilah kinektuk.
Kem latihan pusat dan pemilihan Fasa 1 bermula hari tuk, 1 Februari sampei 12 Februari 2023 di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Pahang sebagai persiapan menjelang Piala Asia B-17 2023 di Thailand dari 15 Jun sampei 2 Julai 2023.
Semoga Ahmad Danial berjaya mencapai apa yg dihajati dan ngembak nama tebuan sampei ke luar negara... Aaamiin...

Steadey n terbaik Miak Tebuan...

Sumber by NFDP Sarawak

Link berkaitan Anak Jati Tebuan Ke Kem Latihan Sebagai Persiapan Piala Asia B-17 2023 di Thailand. Sikboh lupak Like, Komen & Share FB Page Kamek Miak Tebuan ye. TQ

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT