Jumaat, 7 Oktober 2022

Enam Suspek Lelaki, Geng Samun Bersenjata Di Tangkap Polis

 "Enam Suspek Lelaki, Geng Samun Bersenjata Di Tangkap Polis"


Gambar: 6 Suspek Lelaki, Geng Samun Bersenjata Di Tangkap Polis

KUCHING: Pada 5 dan 6 Oktober 2022 , pihak Polis telah berjaya menangkap 6 suspek lelaki tempatan bersama rampasa Kesemua suspek dalam lingkungan umur 20 tahun sehingga 26 tahun yang mempunyai 10 rekod siasat lampau melibatkan kes dadah dan jenayah harta benda. Turut dirampas adalah kenderaan , pakaian , senjata serta cashiers machine milik premis .


Modus operandi yang digunakan kumpulan ini mengacukan parang , bertopeng muka untuk menakutkan suspek dan melindungi identiti mereka. Sasaran kumpulan ini adalah premis kedai yang beroperasi 24 jam.


Siasatan setakat ini berjaya menyelesaikan 5 kes . Kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat . Kesemua suspek dalam tempoh tahanan reman selama 7 hari sehingga 13 Oktober 2022 .


ACP Ahsmon Bajah 

Ketua Polis Daerah Kuching 

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT