Jumaat, 7 Oktober 2022

Enam Suspek Lelaki, Geng Samun Bersenjata Di Tangkap Polis

 "Enam Suspek Lelaki, Geng Samun Bersenjata Di Tangkap Polis"


Gambar: 6 Suspek Lelaki, Geng Samun Bersenjata Di Tangkap Polis

KUCHING: Pada 5 dan 6 Oktober 2022 , pihak Polis telah berjaya menangkap 6 suspek lelaki tempatan bersama rampasa Kesemua suspek dalam lingkungan umur 20 tahun sehingga 26 tahun yang mempunyai 10 rekod siasat lampau melibatkan kes dadah dan jenayah harta benda. Turut dirampas adalah kenderaan , pakaian , senjata serta cashiers machine milik premis .


Modus operandi yang digunakan kumpulan ini mengacukan parang , bertopeng muka untuk menakutkan suspek dan melindungi identiti mereka. Sasaran kumpulan ini adalah premis kedai yang beroperasi 24 jam.


Siasatan setakat ini berjaya menyelesaikan 5 kes . Kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat . Kesemua suspek dalam tempoh tahanan reman selama 7 hari sehingga 13 Oktober 2022 .


ACP Ahsmon Bajah 

Ketua Polis Daerah Kuching 

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

Isnin, 22 Ogos 2022

Iman Sik Sempurna Mun Sik Amanah Tunai Tanggungjawab


Kedudukan sebagei pemimpin atau status berada dalam saf kepemimpinan tertentu sik kiralah dalam apa agensi atau pertubuhan di peringkat negeri sampeilah Persekutuan, nisik boleh dinilai sekadar sigek keistimewaan semata-mata.

Sebalitnya, nya ngembak amanah dan tanggungjawab penting yang perlu dipikul sebait mungkin, malah nuntut pengorbanan cukup besar demi menjamin kesejahteraan dan kesentosaan masyarakat serta komuniti dipimpin.

Lebih utama, giney amanah dan tanggungjawab ya digalas akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Hakikatnya, kepemimpinan ibarat sigek janji suci antara pemimpin ngan rakyat, malah nya juak janji antara dirik seorang pemimpin ya sendiri sebagei hamba dengan Allah SWT sebagei Yang Maha Pencipta.

Soal amanah dan tanggungjawab amat berkait rapat dengan iman, justeru pemimpin yang sik amanah dapatlah diertikan sebagei peneraju yang sik memelihara iman sidaknya. Pemimpin yang sik amanah dan sik bertanggungjawab akan menyebabkan masyarakat dipimpinnya sik harmoni, selain menggugat menyebabkan kesentosaan, keharmonian dan perpaduan. Namun sebaliknya, kasih sayang dan rahmat Allah SWT akan mengiringi pemimpin yang terpuji akhlak dan budi pekerti.

Allah SWT berfirman bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah An-Nisa' ayat 58)

Amanah dan Tanguggjawab

Dalam konteks ayat berkenaan jelas sekali Allah SWT memberik penekanan betapa pemimpin dan penguasa yang diberik amanah dan tanggungjawab mesti menunaikan amanah ya.

"Tanggungjawab boleh diertikan dengan kewajipan dipikul seseorang atau segala yang wajib ditanggung. Nya juak merujuk segala tanggungan, kewajipan, beban, tugas dan amanah.

Amanah juak dapat diterjemahkan sebagei kepercayaan, kesetiaan, kejujuran, dan integriti. Dalam tradisi Islam amanah amat rapat dengan iman dan sik sempurna iman bagi sidak yang sik amanah.

Penegasan tentang kaitan antara amanah dan iman dapat didiat menerusi hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang yang tidak amanah dan tidak sempurna agama seseorang yang tidak menunaikan janji." (Hadis Riwayat Ahmad).

Hal tuk diperkukuhkan melalui hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila ia bercakap berdusta, jika membuat janji mungkir, dan jika diberi amanah dikhianati." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, kepemimpinan jelas sekali amanah cukup besar dan berat, ia disusuli tanggungjawab dan kewajipan yang mananya perlu ditanggung di dunia dan akan dijawab di akhirat.

Sorang pemimpin diangkat sebagei khalifah yang membangun dan memakmurkan bumi, namun realiti semasa menunjukkan rami sik amanah dan sik bertanggungjawab kerna dihasuti perasaan leka, alpa dan tertipu dengan kekuasaan diperoleh.

Untuk berkuas, ada yang sanggup mendapatkan kekuasaan walo dengan apa acara sekalipun sampei batasan hukum halal dan haram ditolak ke tepi, kerna apa yang penting memperoleh apa dihajatkan.

Sebahagian sidak menganggap kedudukan dan pangkat sebagei sigek keutamaan seolah-olah dengan kedudukan yang sidak peroleh ya, boleh molah apa ajak yang sidak suka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran. Sorang sahabat bertanyak, Apakah dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah ya, wahai Rasulullah? Rasulullah SAW enjawab, Apabila sigek urusan diserahkan ngan urang yang sik berkelayakan, maka tunggulah saat kehancurannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Fahami Dengan Jelas

Hadis ya menerangkan keperluan untuk melantik sidak yang betul-betul mempunyai kelayakan untuk menerajui sesuai urusan ummah. Mun sik, pelbagai kehancuran akan berlaku termasuk penyelewengan, penindasan dan rasuah, malah pelbagei perbuatan terkutuk akan menjadi amalan biasa.

Justeru, nasihat ngan sidak yang diamanahkan ngan sigek amanah dan tanggungjawab dapat difahami dengan jelas daripada maksud ayat berikut, "Apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Surah Al-Mukminun, ayat 115).

Dalam ayat lain Allah SWT berfirman, "Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja? (Tanpa pertanggungjawaban?) (Surah al-Qiyamah, ayat 36)

Lantas, wajar diinsafi bahawa pemimpin yang melaksanakan kewajipan diamanahkan akan diberik ganjaran pahala, sementara yang sik menunaikannya akan mendapat dosa dan azab daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap urang yang di debah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang rompuan adalah pemimpin di rumah lakinya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di debah amanahnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Melalui hadis di atas, dapatlah difahami betapa besar peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin di sisi Allah SWT. Pemimpin yang amanah sik akan sesekali menggunakan kedudukan dan pangkat demi mencapei kekayaan dan kemewahan peribadi, sama sekali sik merampas atau mengambil sesuatu yang bukan hak sidaknya.

Sejarah juak membuktikan giney Nabi SAW membentuk kerajaan Islam Madinah dengan penuh kecemerlangan dan ketakwaan.

Justeru, ambiklah Rasulullah SAW dan barisan Khulafa' al-Rasyidin sebagei 'qudwatun hasanah' dalam konteks memimpin ummah dan negara.

Pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat, kebajikan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan dengan terbentuk sigek masyarakat sejahtera, jauh dari segala penyelewengan.

Ketika ya, wujud sebuah masyarakat berpandukan al-Quran dan al-Sunnah, kerna teladan diberikkan Rasulullah SAW mampu membentuk masyarakat yang sentiasa berpegang dengan kebenaran.

Di zaman ya juak, kefahaman tentang tanggungjawab dan kewajipan (Al-Taklif) dilaksana sebaik mungkin dengan hak Allah SWT dan hak Rasulullah SAW dijaga.


SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT