Jumaat, 13 Oktober 2017

Bandar Baharu Sebuyau Dirasmi 2 Nov, Trasformasi Pekan Nelayan Jadi Bandar Maju


SEBUYAU: Sebuyau bakal mempunyai bandar baharu dan bakal dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg 2 November ini.
Antara projek yang terdapat dalam bandar baharu Sebuyau ialah klinik bernilai RM12.4 juta, masjid berharga lebih RM4 juta.
Menurut Utusan Sarawak pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi semasa meninjau tapak tapak pelancaran tersebut berkata, bandar baharu Sebuyau mampu mentrasformasi Sebuyau dari kawasan nelayan menjadi bandar maju.
Sebelum itu, Julaihi ketika merasmikan Sukan Sekolah Tahunan Sekolah Kebangsaan Raba berkata kerajaan menyediakan rangkaian jalan pesisir termasuk jambatan seperti jambatan Batang Sadong memenuhi keperluan masyarakat luar bandar di negeri ini.
Menteri Muda Jalan Pesisir itu berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Abang Johari terus mentrasformasikan kawasan luar bandar dan pesisir.
Pada majlis tersebut, Julaihi mengumumkan peruntukan RM10,000 kepada PIBG SK Raba 2018.
Beliau memuji prestasi akademik dan sukan sekolah terlama di Sebuyau itu yang berjaya menjadi antara 20 sekolah terbaik di Sarawak 2016 dan terbaik UPSR di Samarahan. – Sarawakvoice

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT