Ahad, 15 Januari 2017

Pengendali Facebook 'Sarawak Update' Serah Diri Kepada Polis



KUCHING: Seorang individu dipercayai pengendali Facebook 'Sarawak Update' menyerah diri ke Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini pagi tadi.

Individu berusia 45 tahun itu hadir menyerah diri sekitar jam 10.30 pagi tadi untuk memberi kerjasama kepada pihak polis ekoran satu laporan polis di Balai Polis Mukah semalam berikutan status Facebook berkenaan yang bukan sahaja menyasarkan seorang menteri negeri, tetapi juga berbaur perkauman.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar mengesahkan pihaknya telah menahan individu tersebut dan merampas telefon bimbit milik suspek bagi menjalani siasatan lanjut.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kredit: Sarawakiana

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT