Sabtu, 11 April 2015

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SERTA SIJIL PERTANDINGAN KARAOKE

Assalamualaikum...

Sambungan dr Saringan Pertama...Mohon maaf sik sempat admin updated utk saringan kedua. So, admin mok updated terus ke finalis mlm first ngan mlm tok.

Malam tadi finalis menampilkan 2 kategori dipertandingkan iaitu Kategori Bintang Kecil serami 7 org dan Kategori 60'an serami 10 org. Semua peserta malam tadik molah persembahan hebat-hebat.

Untuk malam tok finalis yg akan berentap ialah Kategori 90'an-Sensasi. Serami 12 org peserta bagi kategori tersebut. Malam tok sik kurang hebatnya. Peserta dari dlm kampung tabuan maupun luar kampung tabuan utk kategori 90'an akan berentap malam tok.

Bukan setakat ya ajak. Banyak aktiviti2 dipolah seperti persembahan tarian,persembahan artis jemputan kpg tabuan juga yg paling menarit perhatian org rami ialah tiket cabutan bertuah.

So, malam tok jgn lupa, mesti ada kejutan yang kita siktauk. Jangan tunggu lamak2...Persembahan2 yg menarik akan ada malam tok...Ayuhhhh

Majlis Perasmian Penutupan & Penyampaian Hadiah Serta Sijil akan disempurnakan oleh Puan Kiah binti Temben Ketua Wanita N5 Demak Laut Merangkap Exco Wanita PBB Negeri Sarawak.

Setakat ya jak yang admin dpt updated. Ada kesempatan kelapangan waktu kelak updated gik utk Majlis malam tok k.. sekian tq kerna sudi baca n jengok blog TMTL tok...

Sabtu, 4 April 2015

PERINGKAT SARINGAN PERTAMA 60an & 90an PERTANDINGAN KARAOKE 2015

Assalamualaikum wbt.

Bagi yang terlepas peluang nangga tanding karokey malam tok tek, Admin TMTL ada citanya disitok.

Malam Saringan Pertama menampilkan 18 peserta terdiri dr 10 peserta kategori 60an ngan 8 peserta kategori 90an.Peserta kebanyakan dtg dr luar kpg tabuan.

Suasana malam tok tadi cukup meriah dengan persembahan tarian pembuka tirai dari sidak Tarian Kumpulan Warisan Penangkis Alam.

Penonton yang ndiat pertandingan yapun cukup hebat.Rami sidak yang berpusu-pusu memenuhi dewan.


Peserta yang bertanding malam tek cukup berbakat dan hebat-hebat.Kacak2 sora sidak. Terbaiklah.



Maka hasilnya.... peserta terpilih atau layak ke peringkat akhir pada 12hb April kelak untuk malam saringan pertama malam tok tek adalah, bagi kategori 60an ialah 4 Peserta 90an 4 peserta. 


 Kategori 90an

Kategori 60an (1 peserta dah balit rumah)

Saringan 2 untuk Kategori 60an & 90an akan bersambung malam esok 4hb April 2015. Sama kita singgah untuk nangga sidak peserta berentap. Peserta untuk saringan 2 yang akan berentap malam esok serami bebelah mun sik silap..hihihi.

Jangan lupak, jumpa malam esok. Sama2 kita diat k. Untuk Pengetahuan kitak orang Kategori Bintang Kecil secara automatik ke FINAL kerna hanya 7 Peserta ajak yang bertanding. FINAL akan berlangsung pada 12hb April 2015 selepas waktu isyak.

Setakat ya ajak... kelak admin updated gik utk Saringan ke2 esok malam k..babai Pak Salai..hihihi...

JOM KARAOKE JUH...OHAaaa...

Jumaat, 3 April 2015

Mahathir: Siapa Arahan Bunuh Antantuya?


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan.

"Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

Menulis di blognya, Mahahthir juga membangkitkan sebuah “skandal” kapal selam dengan pembunuhan Altantuya.

Sirul sebelum ini berkata beliau hanya menjalankan tugas dan menjadi kambing hitam dalam kes itu.

Daripada tahanan imigresen di Australia, bekas anggota polis elit itu berkata sedang mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya kepada media tentang perkara itu.

Najib menyifatkan dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan sebagai "rubbish" (mengarut atau merepek).

Sirul dan seorang lagi rakan dalam pihak berkuasa itu Azilah Hadzri disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Motif kepada pembunuhan itu bagaimanapun masih misteri.

Esok 6 tahun Najib jadi PM

Sirul bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding akhir di Mahkamah Persekutuan keran berada di Australia. Dia ditangkap tidak lama kemudian.

Undang-undang negara kanggaru itu tidak membenarkan pihak berdepan hukuman bunuh dihantar pulang ke negara hukuman akan dilaksanakan.

Penganalisis politik Razak Baginda (kiri), yang dikatakan pernah menjadi rakan rapat Najib, pernah didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu.

Beliau kemudian dibebas tanpa dipanggil membela diri kerana keterangan dikemukakan tidak cukup bagi membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sementara itu, walaupun Mahathir dilihat semakin lantang terhadap pentadbiran Najib, terutamanya  dalam isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB), beliau tidak pernah secara terbuka membangkitkan kes Altantuya.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Esok genap enam tahun Najib bertugas sebagai perdana menteri.

Khamis, 2 April 2015

Kisah Menyayat Hati Pelajar Mahaad Tahfiz Hamil Luar Nikah

Ini menakut dan mengusarkan. Pertahanan bagaimana lagi untuk menepis syaitan dan iblis dalam menyesatkan keturunan Adam. Zina yang berleluasa akan mewujudkan satu generasi.

Generasi yang bagaimana bentuknya, Allahu a’lam.
Hari ni daftar masuk seorang lagi remaja. Dari air wajah, nampak ayu, sopan dan pendiam. Bila saya tanya latar belakang pendidikan, bekas pelajar sebuah Ma’ahad Tahfiz. Allahu akbar…

Seterusnya saya tanya akhlak, perangai sebelum, semasa dan selepas belajar di Ma’ahad Tahfiz. Ini kerana dalam benak fikirannya saya tidak mungkin seorang bakal hafizah sanggup berzina. Sudah semestinya dia tahu perlakuan yang dilarang Allah. Semestinya dia tahu zina itu dosa besar.

Saya tidak mahu kerana seorang dua bekas pelajar Ma’ahad Tahfiz telah berzina hingga hamil tanpa suami, merosakkan nama baik pelajar Maahad Tahfiz yang lainnya. Apakah benteng pertahanan iman mudah musnah walaupun al quran di dada? Selalunya apabila berada di Ma’ahad Tahfiz sudah pasti solatnya terjaga. Jadi kenapa benteng iman, solat boleh mencegah perbuatan mungkar itu musnah?

Rupanya ia bermula sebelum lagi masuk belajar di Ma’ahad Tahfiz. Ketika di tingkatan 1, tinggal bersama keluarga sudah mula berjinak jinak lepak dan keluar malam bersama kawan kawan lelaki. Duduk di pinggir bandar, perkampungan nelayan, suasana desa yang damai menjemput rasa sunyi di hati. Ransangan belajar tidak ada menyebabkan tidak ada keinginan meneruskan persekolahan. Yang ada cuma nak lepak lepak dengan kawan kawan.

Suatu malam ketika pulang dari melepak, dihantar menaiki motor oleh kawan kawan lelaki , terserempak dengan abang sulong. Apa lagi, satu penampar maut tertera di pipi dan esoknya terus dihantar ke sebuah Ma’ahad Tahfiz. Abangnya tahu sifat berlembut ibu ayah terhadap anak bongsu telah merosakkan adiknya. Adiknya bukan kurang kasih sayang atau kurang perhatian tetapi terlebih manja hingga berani bertindak melanggar larangan keluarga dan membantah cakap ibu ayah.

3 tahun berada di Ma’ahad Tahfiz, keluarga fikir, perangai dan akhlaknya berubah. Sebaliknya menjadikan dia lebih agresif dan menganggap keluarga telah menghukum dengan mengurungnya di Ma’ahad Tahfiz dimana dia tidak bebàs dan terkongkong.

Memang ada kebaikkan ketika berada di Ma’ahad, dari tak reti mengaji hingga boleh membaca quran dengan betul, tajwid dan mahraj danntelah berjaya menghafal beberapa surah pun. Tetapi dendam yang membara di hati merasa dihukum keluarga menyebabkan dia bertindak keluar Ma’ahad. Kononnya nak bekerja, cari duit dan nak bebas.

Namun sepak terajang dunia dia tak tahu. Dia cuma nampak bebas itu indah. Ada duit itu syurga. Dia tak tahu kesan dan akibat kerana syaitan telah membutakan mata hatinya. Permulaan sekali jadi ketagihan. Rasa nikmatnya sekali , nak lagi dan lagi hingga Allah menghidupkan janin dalam rahim. Mana nak sangka, buat dengan rakan sama kerja di tempat kerja, 15 minit pun selesai tanpa disyaki sesiapa. Maklumlah ketika hari raya, orang pun jarang ada, maka mudah meneruskan sandiwara.

Memang kebanyakkan remaja hamil yang lewat dikesan kehamilannya disebabkan kedatangan haid yang tidak tetap. Begitu juga remaja ini. Selepas sebulan berzina dengan teman lelaki satu kerja, dia berhenti kerja di tempat itu dan pindah kerja tempat lain yang lebih jauh dari keluarga. Memang di tempat kerja baru dia tidak berpeluang meneruskan aktivit lazimnya, dan merasa gembira dengan suasana kerja tempat baru.

Malangnya, dia merasa ada yang tidak kena dan tidak selesa dengan keadaan tubuh fizikalnya. 4 bulan berlalu dia menyedari perutnya buncit. Dia pun mula pakai bekung supaya perutnya tidak buncit. Namun buncit itu lama kelaman makin besar, saiz bra pun bertambah. Yang lama sempit.

Kebetulan ada hal dalam keluarga, dia dipanggil pulang ke rumah keluarga. Di situ berkumpul sekuruh ahli keluarga. Mulanya mereka tidak menyedari kenapa adik mereka sentiasa berbaju longgar,labuh dan sopan sehingga seorang kakak terlanggar perutnya.

Terasa ada kelainan, adik itu diseret ke bilik dan diselak pakaiannya yang labuh dan longgar itu. Alangkah terkejutnya kakak apabila menyaksikan perut adiknya yang sedang meranum menunggu saat dan hari melahirkan. Dengan kain bekung membungkus perut agar tidak jelas kelihatan perut yang buncit. Kesian janin yang sedang membesar tu…

Sikit pun adik ni tidak bercakap, siapa yang melakukan. Diam seribu bahasa sehinggalah saat dia dihantar kepada rumah perlindungan. Apabila berdua , barulah dia bercerita, dia bukan dirogol sebaliknya memang melakukan zina suka sama.

Bagai terhempap kepala atas batu saya beristigfar, bila dia menyebut melakukan zina kerana suka sama. Seperti ada rasa kepuasan dan bangga. Mahu saja saya sepak mulut munggilnya berkata begitu.

Saya perhatikan anak matanya yang meliar,” Ya Allah, bantu aku mendidik dan mentarbiyah anak ini mentaati Mu.” Hanya ini yang terdetik di hati saya saat ini. Saya serahkan kembali urusan hamba yang seorang ini kepada Allah. Moga taufik dan hidayah Allah menyinari hati sanubarinya.

Dari kisah latar belakang perangai dan pendidikan, maka bukan Ma’ahad Tahfiz tidak berjaya mentarbiyah tetapi kesan hitam hatinya telah bersalut sebelum masuk ke sana lagi. Ma’ahad Tahfiz cuma mampu mengawal keadaan dirinya semasa berada di situ saja, tidak lagi al quran mampu melindungi dirinya setelah keluar kerana niat awal masuk yang dipaksa .
Tidak ada ikhlas belajar dan menghafal al quran. Dan keluarga bertindak menghantar sekadar melepaskan rasa tanggungjawap untuk mengawal sikapnya yang suka memberontak apabila keinginan tidak dipenuhi.

Ibu ayah budiman, apabila tidak mampu mengawal sikap anak yang suka membantah, memberontak jangan dianggap menghantar mereka ke Ma’ahad Tahfiz adalah selamat dan selesai masalah. Masuk ke situ jika bukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan membuat anak itu bertambah marah, agresif dan dendam.

Jadinya usahalah cara berdisplin, dekati dengan kasih yang tegas bukan manja supaya dia tidak rasa kesunyian dan dihukum.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Sumber: Baitus Solehah

PERSIAPAN RAPI PERTANDINGAN KARAOKE 2015


Assalamualaikum... Apa khabar org kpg tabuan?Sihat?
Harap sihat hendaknya...Aamiin...

Berikut adalah gotong royong sidak al wakil menyiapkan pentas utk karaokey... Gambar menceritakan segalanya...yuk Admin belanja gambar kat debah tok k...layan...













Dari persiapan pentas sampey embak final meting... hampir 100 peratus siap. Tahniah pada yg bertungkus lumus dlm membuat persiapan pentas dan pelbagai persiapan lain. Admin arap acara yg dinantikan kelak berjln dgn lancarnya...Aamiin

Jumpa anda Jumaat tok 03 April 2015...Ohaaaa

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT