Selasa, 28 Mei 2013

CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN HOMEOPATHY BERSAMA DR. KIRANA

Assalamualaikum kitak orang semua warga TMTL.. Apa kabar kitak orang? Sihat? ADMIN nak madah dalam topik aritok pasal kesihatan. PENTING! kita jaga kesihatan. Semua kita tok sikkan sihat sepenuhnya. Adakalanya batuk2, demam seram sejuk dan sebagainyala...


Warga TMTL yang saya kasihi..
Ari marek 27hb Mei 2013. Opiz ADMIN ada program tentang kesihatan. Yang paling ADMIN cukup pelik nangga nya ngecek tahap kesihatan kita makey cara ndiat tapak tangan kita. Lepas ya segala ucapan, pemeriksaan nok dipolahnya ngan nak dipadahnya semuanya mena apa yang ada dalam dirik ADMIN. Persoalan kita dipolahnya. Mungkin nya ada satu teknik @ pembelajaran yg dipelajari selama beliau belajar.

Kebanyakan sidak opiz ADMIN menyertai ujian tahap kesihatan masing2. Majoriti madah semuanya berketepatan apa yg dipadahnya ngan apa yang ada dalam dirik masing2.. Sungguh ajaib sekali nyo... Bukan setakat pendidikan kesihatan ajak nya madah, petua2 pemakanan yang sihat juak nya ada madah. Apa2pun kita cuba sedaya yang mungkin. Mungkin Allah hantar beliau (Dr.Kirana) ke tempat kita.

Berapa jauh perjalanan beliau untuk berik pendidikan kesihatan ngan ADMIN di opiz. Sungguh mulia beliau. Mudahan nya dapat pahala disisi Allah dan mendapat keredhaan dari Allah SWT dengan usaha yang kecil demi untuk pendidikan kesihatan insan yang memerlukan. Wallahua'lam.

Sebarang pertanyaan @ jemputan untuk sesi pendidikan kesihatan boleh berhubung dengan beliau sendiri di Laman Sesawang FB Beliau @ Kirana Homeopathy Healing ataupun boleh nangganya pun blog @ Kirana Homeopathy Healing. Dalam blog ya boleh kitak orang nangga pelbagai aktiviti jelajah beliau. 

INFORMATION
Malam tadik sik jadi embak Dr ya gi rumah ADMIN.

Ya ajaklah...
Yang bait datang dari Allah, Yang kurang bait ya datang dari kelemahan ADMIN sendiri. ADMIN cuma nak berkongsi ajak ngan kita orang. Maok ngan sik maok terpulang ngan kitak orang @ TMTL yang ADMIN kasihi dan SAYANGI... Wallahu'alam.

Khamis, 23 Mei 2013

SOLAT BERJEMAAH BERSAMA ERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Assalamualaikum wbt.

ADMIN aritok kurang selesa, palak rasa pening2.. mungkin rasa2 tido ahir malam tadik? sik juak ehhh.. Sik semangat nak nyambung kerja aritok eh.. Nak kuar awal dari opiz lok eh... hihihi..
Papapun kerja jgn ditinggal.. nisik pegi siney reta ya... Insya Allah.. Rezeki ada dicney2..
 
Oklah.. melelat mcm parasit ADMIN tok eh.. dipetang yang berbahgia tok, ADMIN nak kongsi sikit pengalaman, pengalaman yang sik berapa nak lamak. baruk juak. terasa sangat ngan pengalaman yaa.. Pengalaman SOLAT BERJEMAAH BERSAMA KELUARGA. Sangat terbaik kalo dipolah.
 

 
Warga TMTL yang ADMIN kasihi,
Solat berjemaah nak best lebih2 agik bersama keluarga tersayang.Rami2 bergumpol bersama2.. Naktok ADMIN madah jujur ngan  kitak orang.. TERBAIK.. sangat sangat sangat bagus.... Bagi yang kaum lelaki/bapak ya, disamping Solat Berjemaah di Masjid/suro, sekali sekala molah solat secara berjemaah ngan family dirumah. sebagey contoh tetapkan ari pakey molah solat berjemaah bersama2.. rinduk bahhhh.. Dapat ngerat hubungan kekeluargaan. Dolok rengang.. bila dipolah solat berjemaah bersama semakin rapat.. Nang bes gilak2.. Mun dah kebiasaan rasa sik sabar nak nunggu masa solat berjemaah bersama-sama. Nak ya lah dimaok leh kita.
 
Kalo ADMIN, dah sebulan laksanakan solat kedak ya... ADMIN polah ari khamis malam jumaat setiap minggu. mcm aritok malam kelak ADMIN akan polah solat berjemaah bersama keluarga, baca yasin bersama-sama. Masing2 mendoakan kesejahteraan keluarga.
 
Coba kitak orang polah juak kedak ya.. Nang best.. Rindok... Mungkin sesetengah dah polah kedak ADMIN polah, tapi tok cuma perkongsian sahaja. Sikda nak 'MADAH' tek nak.... hihihih
 
Papapun ADMIN nak madah kat sitok, SOLAT BERJEMAAH sangatlah best... Bukan sahaja dapat bermesra ngan keluarga rapat hubungan dan sebagainya, tapi yang paling PENTING sekali ialah dapat PAHALA SOLAT BERJEMAAH... Sekian.. Wallahua'lam..

Rabu, 22 Mei 2013

SIDAK KABINET SERAWAK NAIT GAJI SERTA TUNGGAKAN TAHUN 2012.APE CER?

Asalamualaikum...

Sidak rami dah heboh pasal kes tok. "KABINET NAIT GAJI SERTA TUNGGAKAN TAHUN 2012" Apa kes nyo? Astaqfirullah... embak ngucaplaaa.. mungkin rezeki sidaknya tok...



Tok adalah sebahagian artikel yang ADMIN ambik daripada blog  LIANG LAHAD
 
"Kenaikan tu pulak diputuskan berkuat kuasa bermula dari 1 januari tahun 2012.. Jadi korang bayangkan berapa banyak para pemimpin BN ini akan dapat durian runtuh hasil dari tunggakan kenaikan gaji tersebut..
 
Ketua Menteri Sarawak akan dapat kenaikan sebanyak RM26,000 setiap bulan apabila kenaikan gaji beliau dinaikkan dari RM13,000 kepada RM39,000 dan memandangkan kenaikan gaji ini berkuatkuasa Januari tahun lepas ini bermakna, Taib Mahmud akan menerima tunggakan sebanyak RM416,000 atau hampir setengah juta...
 
Gaji Timbalan Ketua Menteri dinaikkan sebanyak RM23,500 setiap bulan apabila gajinya dinaikkan dari RM11,500 kepada RM35,000
 
  •  Gaji Menteri Kanan dan Speaker DUN naik dari RM9,000 kepada RM30,000
  • Gaji Menteri naik dari RM9,000 kepada RM27,000
  • Gaji Pembantu Menteri dan Timbalan Speaker naik dari RM7,000 kepada RM21,000
  • Gaji Anggota Dewan Undangan Negeri naik dari RM4,500 kepada RM15,000 dan
  • Gaji Setiausaha Politik pula naik dari RM3,000 kepada RM9,000."

Warga TMTL yang ADMIN kasihi,
Sedar sik sedar, pikir punya pikir, betul juak apa kata word tok "YANG KAYA SEMAKIN KAYA,YANG MISKIN SEMAKIN MISKIN". Bukan senang nak dapatkan kekayaan yang sementara ya.. Tapi, kita kenak ingat, jgn kerna kita berada ditempat yang selesa terus selesa.. Yang kurang selesa terus sik selesa, itu sangkaan yang meleset sama sekali.


Kalau KERAJAAN dah buat kedak ya, mesti ada sebabnya... mungkin DIAORANG lebih ARIF lagi tentang SISTEM KEWANGAN NEGERI. PEMIMPIN dapat HABUAN, sik mustahil RAKYAT akan dapat HABUANnya juak kelak@ suatu hari kelak.. SIK MUSTAHIL nak? COBA KITA FIKIR BENDA YA POSITIF BAH!!! hihihihi..

Kita yang diketegorikan "KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG" ya harus bersyukur kepada ALLAH kerna kita diberik keselesaan kedak ya. Kira oklah ya kita selesa lah ya.. agik dapat idup. Lainla di negara2 luar yang sengsara dengan PEMIMPIN yang zalim. Kita patuh bersyukur dengan apa yang ada. Sik mustahil kita dapat seperti mana DIAORANG dapat.. betui sik?

Mungkin aritok, ari sidaknya.. kita sik tauk gik bila kita dapat kedak ya. Mungkin di hari kemudian @pun sedar sik sedar, kita memperolehi KEBERKATAN REZEKI kita selama kita IDUP di BUMI KENYALANG tok.. ney tauk nak.. semuanya INDAH. Percaturan ALLAH lagi cantik berbanding dengan percaturan manusia itu sendiri. 

INGAT!!! kita ada ALLAH... kita merancang, ALLAH menentukan.. Persoalannya Giney kita nak atur idup kita supaya segala urusan kerja kita samaada kerja DUNIA @pun lain2 pekerjaan mendapat HABUANnya di AKHIRAT kelak? USAHA,TAWAKAL ILLALLAH... Ingat! Segala pekerjaan hendaklah FOKUS kepada ALLAH. 'NAWAITU LILLAHI TA'ALA'

Dipendekkan cerita, "KEKAYAAN BUKANLAH FOKUS SEBENARNYA UTK KITA DI DUNIA INI, IANYA HANYALAH SEMENTARA SAHAJA!!! BIAR MISKIN DI DUNIA, ASAL JGN MISKIN AKHIRAT.REBUTLAH PELUANG UTK MENDAPATKAN KEKAYAAN DI AKHIRAT".

Sekian ADMIN akhiri dengan lafaz yang mulia, WABILAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH.. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Selasa, 21 Mei 2013

LAGENDA IKAN PATIN, DAN KENAK RAMI MASYARAKAT MELAYU SARAWAK SIK MEMAKANNYA?

Assalamualaikum.. kabar semua? Oklah.. Nak cerita pasal Lagenda Ikan Patin. Mesti kitak orang tauk cerita tok, terutama sekali orang2 lamak TMTL @pun OTAI2.. Sejarah mengatakan.. benarkah nisik? Jom layan cerita lagenda ikan patin tok juhhhh...

 Gambar sekadar hiasan

Ikan patin tok adalah sigek ikan sungey atau ikan aik tawar. Ikan jenis tok memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, sik bersisit, mulutnya kecik, memiliki sesungut berjumlah 2-4 igek yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang idup di dasar sungey dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kenak dengan menu masakan kelazatannya sehingga enjilat jarik tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin kenak rami sidak Melayu Sarawak sik memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik pahal dan kenak sidak masyarakat Melayu Sarawak maokpun Melayu di nusantara sik menjadikannya hidangan pembukak selera. Naktok paparan Borneo Oracle buat kali tok iaitu Legenda Ikan Patin Dan Kenak Rami Masyarakat Melayu Sarawak sik Memakannya.

 Rami dah tauk, kebanyakan sidak masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah sidaknya yang berasal dari negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan sorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang nemu nembiak rompuan kecik di atas batu di tepi sungey saat ia pulang memancing. Konon, nembiak kecik ya adalah keturunan raja ikan di sungey ya. Oleh kerna merasa kasihan ngan simpati, si nelayan membawa nembiak ya tek pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain.Nembiak kecik ya tek diberiknya nama Dayang Kumunah. Selamak dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang bait, sehingga ia pun membesar menjadi sorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang endiatnya pasti akan terpikat ngannya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orang tua Dayang Kumunah. Pemuda ya melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat ya pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari pasya, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk sik nyuruh Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Sigek syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ya telah disetuju dengan rela hati.

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam sigek pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan sidaknya duak sik berlangsung lamak. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerna sakit. Nakyalah nyuruh Dayang Kumunah selalu sedih-sedih kerna kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil agik biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran sidaknya telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka sik lengkap kerna semenjak sidaknya duak berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah tetak. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat ya, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tetak bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerna keinginan yang amat sangat Awang Usop memintak bininya untuk ikut tetak tapi Dayang Kumunah sik maok tetapi lakinya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan lakinya. Waktunya tetak yalah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal ya, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa ya Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala ya sikda papa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan sikda sesiapa di kalangan keturunan sidaknya yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerna barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendirik dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh embak kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat sidaknya cintai ya telah menjadi ikan. Sidaknya pun berjanji ngan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan tok diteruskan ke atas semua keturunan sidaknya lepas ya.
 
Naktoklah cerita legenda ikan patin dan kenak ramai masyarakat Melayu Sarawak sik memakan ikan patin. Sik ditauk samada kebenaran sumpahan tok ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya sik memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia tok ada ceritanya dan cerita legenda adalah sigek cerita yang digembar gemburkan untuk mengacakkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih tauk. Wallahu'alam..
 
Sik Kenal Maka Sik Cinta!
 
Created by,
ADMIN TMTL BLOG
 
Copyright by,
Borneo Oracle

Cerita Legenda Sarawak
 
 

Jumaat, 10 Mei 2013

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum semua warga TMTL yang ADMIN kasihi dan sayangi...
 
Sikda pa2 nak dipolah... Cuma sitok nak madah 'Selamat Hari Ibu' ngan kitak orang yang bergelar IBU. Yang mana sidak IBU tok berempas-pulas enjaga anak2 sampey jd orang pandey, jd orang bijak berkata2 dan sebagainyalah... 
 

 
Sidaknya sarat mengandung 9 bulan 9 hari.. Jasamu IBU sangat dikenang... Doa ADMIN agar IBU2 diluar sinun, terutama sekali IBU2 yang ada di TMTL semoga sihat sejahtera selalu.. Mudah2an kamu2 yang bergelar IBU menjadi INSAN yang terbaik disisi ALLAH SWT... Aminnnn...
 
 


 
Terimalah dari ADMIN utk IBU2 Warga TMTL dengan lagu khas untuk IBU.. Terimalah.. Semoga anda terhibur... Assalammm...


Jumaat, 3 Mei 2013

LAGU BUATMU IBU

Assalamualaikum wbt...

Sikda lain yang ADMIN nak persembahkan ngan kitak orang warga TMTL. Cuma video tok jaklah yang mampu ADMIN nak SHARE ngan kitak orang.. Harap ada RASA dalam dirik kitak orang. Sama2 kita renungkan... Terimalah lagu dari Aeman Buatmu Ibu



Sekian ya ajak dari ADMIN.. Piluk hati ADMIN nengar lagu tok.. Sik semena menitis aik mata ADMIN... Sayangi IBU anda selagi mana DIA masih HIDUP.. Allahu akbar...

Khamis, 2 Mei 2013

TAHUKAH ANDA SEBAB2 MENGAPA PENJARA PUDU DITUTUP?

Assalamualaikum wbt...
Minta maaf kerna tok cerita dari luar bukan dari dalam.. harap dapat juak@maok jauk kitak orang baca k..


Kitak orang tauk kenak Penjara Pudu ditutup? ADMIN bukan nak embohong k.. ini cerita betul bukan cobaan. Cerita tok dah lamak dah..

Memang ciney2 tempat mun dah lamak ditinggal lebih2 lagi tempat area hukuman gantung. Tempat yalah paling keras. Di Penjara Pudu ada sigek tempat, namanya BILIK TERAKHIR. Memang bilik ya dikatakan sidak pengawal penjara ya duty memang sering kali nengar nak pelik2. Kekadang sidaknya nengar dalam bilit ya bunyi rang nangis ketakutan, meratah kesedihan sebelum keesokkan paginya dihukum gantung. Seram sejuk dipolahnya,kata sidak nak nyaga ya.

Dipendekkan ceritalah, suatu malam ya, cun-cun juak orang yang enjaga penjara ya nyaga dekat2 dengan bilik ya. Sedangnya ilek2, terdengar kaki orang berjalan dekat dengan bilit ya tek. Lalu Si Penjaga ya memberanikan dirik nyegok,sik semena2 tertangga seekor kambing hitam menyelinap masuk dalam bilit ya. Fikirannya, kenak ada kambing hitam waktu camya? Musykil rasanya.

Dengan kekuatan serta keberanian Si Penjaga Penjara ya tek, ngagak bilit ya.. Slow2nya agak bilit ya.. Pasya terkejut dalam bilit ya ada GUA. Kambing ya sik tauk tuju agik. Embak hati brani, nya masuk jaklah dalam gua ya. Alangkah terkejutnya... melihat ada HARTA KARUN dalam gua ya.

Si Penjaga ya tek lalu nak ngambik reta ya. Sedangnya nak ngambik reta karon ya, tiba muncul lembaga yang dengan berkata "Itu harta bukan Kau yang Punya, Ahmad Albab yang punya.. hahahah.. Ahmad Albab yang punya..." hihihihihi....

Terima kasih kerana sudi membaca. 



JOM BERTINDAK 5 MEI 2013

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

"KAIFAHALUKA/KI?" Apa maknanya?

Kaifahaluka? Maksudnya Apa khabar? khas untuk kaum lelaki. Mun Kaifahaluki? Khas untuk rompuan.

Warga TMTL yang ADMIN kasihi,
Diatas ya cuma k manas bicara ajak. Bukannya pandey gilak nak bicara dalam loghat ARAB yopp.. hiihih.. Tetapi, iboh kitak orang ingat nok k ngagat di atas ya sikda berkaitan langsung ngan catatan "Jom Bertindak 5 Mei 2013" ari minggu tok. Ada kaitannya.. iboh kitak eksen sik tauk.

"Jom Bertindak 5 Mei 2013". Satu ungkapan ataupun perkataan yang 'simple' tetapi sangat bermakna dalam menjadikan negara kita tok khususnya kampung kita TABUAN MELAYU THE LEGEND sebuah negara/ kampung yang maju & terbaik dalam apa-apa bidang jak. Kampung yang AMAN dan SENTOSA. Sapa sik mok nak!



Demi untuk mencapai nok kedak ya, nakpa dipadah oleh ADMIN diatas tek, KERJASAMA diantara sesama dirik PENTING, sidak AKAR UMBI samaada nembiak belia maupun sidak JKKK, Ketua Kampung dan juak Ketua Kaum bersama2 mikul tanggungjawab untuk KEMAJUAN KAMPUNG.

Justeru ya tek nak,
Orang2 yang berkaitan ataupun senang ditunggah dengan perkataan "Yang Berhormat" kenaklah turun padang sekali ngan sidak "PEMIMPIN AKAR UMBI" ya tapi kenak embak modal juak sebagai contoh, menyalurkan sumbangan bukan sahaja sumbangan 'AIK LIUR', sumbangan kewangan amat penting sekali dalam merealisasikan impian sidak kampung. Nang kita taukla DUIT sik boleh embak kemana-mana, tetapi DUIT boleh digunakan untuk KEPENTINGAN BERSAMA, bukan untuk KEPENTINGAN SORANG DIRIK.

"Jom Bertindak 5 Mei 2013" toklah akan menentukan siapa PEMIMPIN kita? Adakah PEMIMPIN kita kinek tok masih disukai oleh rakyat khususnya warga TMTL ataupun sebaliknya. Nok yalah dibingung oleh kita. Jangan ambik remeh ngan HARI NGUNDI  ari minggu tok. 1 undi sangat bernilai. Sapa2 yang nak gi undi ya, pergi jangan sik pergi ngundi. Rugi kelak. Jangan biarkan perkara ya kelak menjadi penyesalan suatu hari kelak. "INGAT!!! UNDILAH PEMIMPIN YANG BERHATI WAJA".

JOM KELUAR MENGUNDI

Akhir sekali, ADMIN berharap, Kampung kita TMTL sentiasa menjadi PERHATIAN/ BANTUAN selepas PRU-13 ari minggu tok kelak. AMINN.. Mudah2an segala JANJI yang ditaburi DILAKSANAKAN selepas PRU-13 tok kelak. Jangan biarkan DIRI diselubungi MISTERI...

Sekian untuk kali tok, dengan kata "SELAMAT MENGUNDI PRU-13 5 MEI 2013" & terima kasih.


SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT