Jumaat, 23 November 2012

SARAWAK ICT EXPO 2012

ASSALAMUALAIKUM WBT..
 
Admin aritok nak madah ngan kitak org jak.. Pasal SARAWAK ICT EXPO 2012 yang akan diadakan pada 30 Nov hingga 02 Dis 2012. Harap yang celik IT ya pergi k.. yang sik celik bleh pegi juak.. celik2kan mata ajak disia.. hihihi..

 
 
 
Sarawak ICT Expo 2012 adalah ICT Expo Terbesar di Sarawak yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Komputer Kuching (KCBA) dan dianjurkan bersama oleh Persatuan Perkhidmatan & Jualan Komputer Sarawak (CSSA) Kuching. Acara tahunan ini kerap kali diadakan setiap tahun di Pertama Exhibition Hall, Taman Kereta Bukit Mata dan telah diadakan untuk julung-julung kalinya di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching tahun lepas.

Pada tahun sebelumnya, ekspo itu telah mencatatkan lebih 50,000 pengunjung dan ini adil utama dirasmikan oleh Datuk Amar Hj. Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam.

Anda akan mendapati semua jenis komputer, komputer riba, netbook, tablet, telefon pintar, kamera, pencetak, pengimbas, penceramah, projektor, pelbagai jenis aksesori dan banyak lagi perkhidmatan ICT dari ahli-ahli kami. Lebih besar daripada sebelumnya, kita telah beratur lebih banyak penyertaan dari pelbagai vendor ICT, peniaga Telekomunikasi, Elektronik mempamerkan, Match Permainan, Permainan, Quizes & Peraduan.

Dengan tema "Adil Hidup Digital Anda", Sarawak ICT Expo 2011 mempamerkan peserta terutamanya dari komputer runcit & pengagihan industri. Untuk julung-julung kalinya; Sarawak ICT Expo 2011 juga memperkenalkan "Telco Street" yang mempamerkan semua jenis alat mudah alih dari peniaga ICT & Telekomunikasi pelbagai, serta "Perbincangan Awam" dengan program bermaklumat dan hadiah memberi-jauh.
 
HARAPAN INFORMATION TOK DAPAT K KITAK ORG MERANCANG PERGI KELAK..
 
Salam,
 
Created by
ADMIN TMTL BLOG
 
 

Ahad, 18 November 2012

6 PERISTIWA AJAIB SEMASA PEPERANGAN GAZA

ASSALAMUALAIKUM...WBT..
 
Be A Good Muslim And Die As Syuhada!!!
 
Keajaiban di peperangan Gaza. Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20 hingga 31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6

Paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan kelihatan Baginda sedang mengeluarkan pedang daripada sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu Baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita?

Itulah serba sedikit daripada kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Maklumat: Peristiwa-peristiwa ini berlaku ketika peperangan di Gaza sekitar awal tahun 2012
 
 
Dalam Maharaja Lawak Mega 2012 semalam kita dapat lihat persembahan agak hambar daripada Boboi yang kini sudah bertiga dengan kemunculan ‘adik-beradik baru’ iaitu Nabil. Jelas terpancar ekspresi kurang ceria di wajah Afdlin Shauki. Rupanya ini apa yang sedang bermain di fikirannya…

Afdlin Shauki Sokong Gaza

“Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, Syria dan di mana sahaja umat Islam ditindas, dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah!”
Created by
TMTL ADMIN BLOG



JOM JADI 7P PEMUDA AL-KAHFI

ASSALAMUALAIKUM WBT.
 

Jom Jadi 7P Pemuda al-Kahfi
Pemuda Islam Al-Kahfi
 
 


JOM JADI 7P PEMUDA AL-KAHFI

Jom Jadi 7P Pemuda al-Kahfi
1. Perwira yang berani demi Allah.
2. Perkasa dalam menegakkan iman.
3. Penganalisis yang melangkau zaman.
4. Pejuang yang sejati dan contoh terbaik.
5. Pendamai yang menyatukan silaturrahim suci.
6. Pendahulu yang tampil untuk membelakangkan kesesatan.
7. Pemikir yang berfikir berpaksikan hidayah Allah.

Pemuda sebagai tonggak kekuatan ummah yang seharusnya mempunyai akidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keislaman yang waja. Pernyataan di atas amat menggerunkan untuk dilaksanakan. Pada zaman dahulu, umur belasan tahun sudah berjuang dan berperang membela agama dan bangsa. Namun hari ini, umur belasan tahun masih terlalu mentah, masih manja dan masih belum jelas matlamat hidup. Sekalipun bijak dalam akademik, tetapi aspek akhlak dan kepimpinan masih merisaukan. Sedarlah wahai Pemuda Islam!
JOM JADI 7P PEMUDA AL-KAHFI

Created by
TMTL ADMIN BLOG

 


Sabtu, 17 November 2012

YAHUDI MEROSAKKAN UMAT ISLAM DENGAN 3F

Salam sejahtera buat semua warga TMTL
ermm aritok public holiday n cuti sekolah.. rami sidak emakbapak nembiak embak pergi bercuti di tempat2 yg menarik mcm di Damai Beach Resort ka.. hihih..
 
Malam tok iboh lupak AIM (Anugerah Industri Muzik) 2012 , sempat agik blogwalking ke beberapa blog sahabat yg kenal mahupun sik kenal dan terjumpa sigek artikel yang amat menarik .. so dengan izin Allah tergerak hati admin  utk Copy dan paste kat blog TMTL tok. Bukan apa,utk renungan kita bersama.
selamat membaca ..

Semalam aku telah hadir ke salah satu program ceramah integriti penjawat awam di bawah kementerian tempat aku berkerja. Ceramah yang menerangkan kepentingan mencari halal lagi baik atau ‘halalan toyyiban’ dalam kehidupan seharian kita disampaikan oleh Ustaz Mohd Amri bin Abdullah dari JAKIM. Ceramah yang disampaikan pada aku sangat berinformasi, dua jam rasanya tak cukup untuk ceramah berkenaan, terlalu banyak info yang sepatutnya kita tahu sebagai umat Islam dalam hal memilih makanan atau produk halal. Ustaz Mohd Amri pula memang pandai memberi ceramah, amat jarang aku tak mengantuk ketika mendengar ceramah dan ceramah dari Ustaz Amri ni antara ceramah yang berjaya mengekalkan aku dalam keadaan ‘jaga’ kerana Ustaz Amri pandai menarik perhatian aku sebagai pendengar dengan pelbagai informasi dan lawak jenaka spontan dalam sesi ceramahnya. Aku tertarik dengan salah satu informasi yang dikongsi oleh Ustaz Amri dalam ceramahnya iaitu “Yahudi merosakkan umat Islam melalui 3F.” Kenapa Yahudi menggunakan 3F ini dan apa yang ‘F’nya tu? Yahudi guna 3F ni kerana mereka tak yakin boleh menang kalau menentang umat Islam. Umat Islam memang kuat dengan semangat perjuangan, sanggup mati syahid dan berkorban apa saja demi menegakkan agama Islam. Namun Yahudi berjaya melemahkan kita sekarang melalui 3F ni.
F yang pertama ialah ‘Food’ atau makanan. Orang Yahudi memang amat menjaga pemakanan mereka, namun kita biasanya asalkan ianya Halal kita bantai sahaja tanpa memikirkan cara pemprosesan makanan itu, siapa yang membuatnya, rupa dan ciri-cirinya dan dari mana bahan mentahnya. Sebagai contoh minuman-minuman berbentuk seperti arak dan beer Halal seperti Barbican dan Istak. Ini secara tak langsung menerapkan sesuatu yang haram kepada halal. Yelah, kenapa perlu nak minum minuman yang kelihatan seperti arak? Berbuih dengan botol yang ada ciri-ciri minuman haram? Kita tak nampak strategi ni, yang kita tahu asal Halal sahaja boleh minum. Kenapa perlu cari minuman yang kelihatan seperti minuman haram yang dihalalkan? Sebabnya supaya kita kurang menitikberatkan isu mencari halal dalam makanan dan minuman kita. Yelah kalau yang haram pun cuba dihalalkan macam minuman-minuman ni tak mustahil kita pun akan cuba menghalalkan produk makanan haram yang lain.
 F yang kedua ialah ‘Fashion’ atau fesyen. Yang ni pun konsepnya sama jugak, asal bertudung dah mencerminkan Islam, tapi yang peliknya tudung pakai, tapi kain terbelah sana, bonjol sana, bonjol sini. Aku mengaku, aku memang suka tengok perempuan pakai ketat-ketat dan jarang-jarang macam legging atau baju tidur ‘see through’, kalau aku dah kahwin pun aku nak bini aku pakai macam tu, tapi kat rumah la, jangan la keluar rumah pun pakai ketat-ketat dan seksi-seksi. Ya, orang kita memang suka berfesyen, cuma fesyen tu tak kena, asyik nak tiru orang barat berfesyen je, diorang bukan beragama Islam, agama mereka tak mewajibkan mereka menutup aurat, kenapa kita tak wujudkan fesyen kita sendiri yang lebih menutup aurat dan menarik agar menjadi ikutan barat pula? Perlu diingat menutup aurat bukan bermakna menutup badan dengan pakaian-pakaian ketat. Memang ada isu mengatakan, kalau tak ikut fesyen susah nak hidup, contoh kalau uniform sesuatu agensi tu mewajibkan pakai skirt ketat macam mana pulak kan? So kita akan pilih untuk mengabaikan tuntutan agama dan ikut undang-undang manusia yang memaksa kita memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Persoalannya kenapa kita tak fight untuk agama kita sendiri? Ini secara tak langsung membuatkan orang Yahudi akan bertambah takut dengan umat Islam kerana kita akan fight back kalau undang-undang mereka cuba mencabul kemuliaan agama Islam.
F yang terakhir ialah ‘Fun’ atau hiburan. Tak salah berhibur dalam Islam, tapi janganlah sampai melampaui batas sebagai umat Islam. Zaman sekarang ni terlalu banyak hiburan-hiburan yang melalaikan umat Islam. Dah ambik wudhu’ nak angkat takbir, dengar je rancangan hiburan kegemaran bersiaran di televisyen, sanggup tinggal sejadah nak tengok, last-last dah abis program tu baru la solat balik. Secara tak langsung kita dah bertuhankan hiburan dari bertuhankan Allah s.w.t. Dah nak mengadap Allah dah ni, siap angkat takbir dah nak solat, sanggup lagi memalingkan muka nak tengok hiburan dan artis kegemaran dan kegeraman kita terkinja-kinja atas pentas. Jangan kata hiburan, ada jugak orang dah berdiri atas sejadah nak solat, SMS berbunyi boleh baca dulu SMS tu baru solat, alasannya, takut tak khusyuk dalam solat, senang je nak settlekan masalah tu, jadikan tabiat menutup handphone sebelum masuk masjid, surau atau sebelum berwudhu’. On balik bila dah selesai. Kenapa salahkan khusyuk pulak, seolah-olah khusyuk dalam solat tu beban yang perlu kita tanggung sebab tak baca dulu SMS tu.
 
So sebagai umat Islam, berhati-hatilah terhadap 3F tok, muhasabah diri setiap malam sebelum tidur, apa yang kita buat pada hari ini. Kalau perasan mana-mana bahagian yang sik bagus kita dah terpolah, target supaya ia sik akan terjadi agik di masa akan datang.
 

Renungan kita bersama. -SALAM-
 
 
Created by
ADMIN TMTL BLOG


CUTI SEKOLAH 2012

 ASSALAMUALAIKUM WBT...


Bosan rasanya aritok.. Turun kerja,lengang kereta dijalan.. Kelibat sidak nembiak sekolahpun sikda.. Apa tek dah cuti sekolah.. Rindu ngan sidak nembiak sekolah yg semangat nak gi sekolah (teringat time sekolah dolok).Seronok kitak org yg cuti sekolah oww.... Lebih2 agik cikgu, nembiak cuti,cikgu pun cuti juak. Tapi cikgu dlm cuti ada tugasannya.. Pening juak jd cikgu tok.. Sian cikgu.. Terbaekla cikgu..

Entri kali tok admin nak kongsi melalui gambar ngan kitak org warga TMTL berkenaan dgn cuti sekolah tahun 2012 tok. Mesti dan semestinya makbapak kitak org dah byk polah program & plan nak ngembak kitak orang gi bercuti, makan angin di tempat2 peranginan @ gi makan2.. bestttttnyerr.... 

Tapi ingat adek2.. cuti2 juak.. jangan lupak prepare n standby barang k persediaan ke sekolah tahun depan... ingat yaaa... 


Oklah... Jom layan gambar2 cantik pemandangan di waktu cuti sekolah. Layannnn.... 
 
 
Tugu Pusak Lambang Kebanggaan Warga Bandaraya Kuching

  
 
Pusat Peranginan Damai Beach Resort

 
 
Kolam Renang
  
 
Pusat Peranginan Damai Puri Resort & SPA

    
Kolam Renang  
http://22.com.my/images/yapb_cache/santubongresort.4dy6gz6zwdq8s44ss0owokgg4.1n4kr7rgh18gs08gcg0csw4kg.th.jpeg
 Pusat Peranginan One Santubong Resort 

One Hotel Santubong Kuching - Pool view at night 
Kolam Renang
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4BOhaMUQMCRm3SAyY9k9ftVDNr1jCRYeF2z7vPIXdmLBRuOEzWns6CqQ80pviU7Fi91biRchbxAycC6S81V4Cgmh9Gse8NIZOwr3f0EUastrH2nt8v5bl-acvC8BGZuv79uL-xaWS_r79/s1600/20120517_121907.jpg 
Kampung Budaya Sarawak 
 
 
Taman Negara Kubah, Matang
 
Pusat Hidupan Liar Matang   

http://adventuremalaysia.com/images/stories/destination/parkbako/bako01.jpg
 Taman Negara Bako 
 
Suasana Senja @Taman Negara Bako  

 *Banyak gik tempat2 menarik yang kitak org bleh pergi... jgn lepaskan peluang anda bersama2 keluarga.. 
 
 
Akhir sekali admin berpesan ngan adik2.. berhati2 jaga keselamatan ketika bercuti terutama sekali di pusat peranginan yg ada kolam renang.. Yang penting sitok.. Sentiasa jaga keselamatan kitak org walau dimana kitak pergi.. Pada makbapak.. sering pantau anak2.. sentiasa menasihati anak2,tegur anak2 supaya sentiasa menjaga diri masing2.. OK..

Salam Percutian dari admin kepada adik2 yg bercuti sekolah.. Selamat Bercuti..

Created by
TMTL ADMIN BLOG

Selasa, 13 November 2012

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM WARAMATULLAHHIWABARAKATUH..
 
Kaifahaluka/ki ya warga TMTL? Apa khabar wahai warga TMTL aritok.. Harap sihat selalu hendaknya. Entri kali tok admin nak nulis pasal Doa Awal & Akhir Tahun Hijrah disamping hukum bacaannya. Mudah2an entri kali tok dapat memberi sedikit input ngan admin sendirik termasuk warga TMTL khususnya. Jom kita sama hayati dan baca dengan penuh fokus.. hihihi..
 
Doa Akhir Tahun hijrah boleh dipolah/baca sebelum maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pasya Doa Awal Tahun hijrah boleh dipolah/baca selepas maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Doa Awal Dan Akhir Tahun Islam pada tahun tok adalah pada 14 November 2012.
 
Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah
 
Doa Awal dan Akhir Tahun, doa akhir tahun,
  Doa akhir tahun di youtube:
 
Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah, doa awal tahun, doa awal tahun hijrah
Doa awal tahun di youtube:
http://www.youtube.com/embed/pZ6KE9hWH5c
 
Tetapi ada juak persoalan segelintir umat Islam, apakah hukum membaca doa awal dan akhir tahun Hijrah tok? Selepas admin membaca beberapa artikel, Doa Awal dan Akhir Tahun Islam tok adalah bukan amalan sunat atau bukan Doa daripada Nabi Muhammad SAW, tetapi ia masih boleh dibaca.
Dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus – Hukum Doa Awal dan Akhir Tahun Islam
 

 
Akhir sekali admin berharap dan berdoa agar diri tok dan sekalian umat islam di bumi Allah khususnya warga TMTL yang beragama islam, segala perbuatan,urusan serta amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun 1433H diberkati,diredhai, diterima dan mendapat pahala disisi Allah SWT. Aminnnn...
 
Sekian, Wallahua'lam..
 
 
Created by
ADMIN TMTL BLOG

Isnin, 12 November 2012

TMTL DAH DAPAT KLINIK 1MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh...
 
Dikesempatan tok.. admin nak ucapkan terima kasih bebanyak kerana sudi menjengok sik lamak,sekejap jak di blog TMTL alhamdulillah...
 
Lagik beberapa hari gik, sedar sik sedar kita umat islam exspecially kita warga TMTL akan meninggalkan tahun islam@ Tahun Hijrah  kita 1433H dengan membawa@ menyimpan pelbagai kenangan manis maupun kenangan pahit.. dan akan bertemu tahun baru hijrah 1434H  (1 Muharram 1434H) iaitu jatuh pada hari Khamis 15 November 2012M. Mudah2an dipanjangkan usia kita semua Aminnnn...
 
Lama sudah admin sik mengupdated blog tok. Cerita@ entry kali tok admin sik banyak info cuma, maklumat dan gambar berkaitan diperolehi di dilaman sesawang FB TMTL itu sendiri. Entry tok berkenaan dengan Klinik 1Malaysia TMTL.
 

 
Gambar Klinik 1Malaysia TMTL: Diambik dari Laman Facebook TMTL
 
Lamak juak proses pengwujudan klinik ya. Berkat kesabaran dan doa warga TMTL,lebih2 lagik pihak yang berwajib yang berusaha bertungkus-lumus untuk mencari tempat untuk dijadikan klinik yg sekian lama dijanjikan oleh prentah akhirnya termakbul dengan terbinanya sebuah klinik yang menjadi kebanggaan rakyat @ warga TMTL.
 
Menurut kenyataan Yb baruk tok tek di dalam facebook, Klinik 1Malaysia TMTL ya sudah beroperasi pada 8 November 2012 riya tek. Berikut adalah kenyataannya di dalam laman sesawang facebook TMTL. Terbaik admin ucapkan  kepada YB. Terima kasih..
 
 
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Klinik 1Malaysia TMTL akan dirasmikan pada 8 Disember 2012. Pihak yang akan merasmikan klinik tersebut sik pasti siapa yang akan merasminya.. Terpulanglah siapa yang merasmikannya,yang penting warga TMTL sik bingung gik pergi speta jauh2 agik kerna ada speta yg berdekatan dengan TMTL dan "Janji telah dilaksanakan" dengan erti kata lain "JANJI DITEPATI".. Terpulanglah pemikiran kalian masing2.. itu hak anda...
 
Admin berharap, segala masalah @ risau pasal umat TMTL harus diambik perhatian.. kerna apa, sikda masalah yang sikpat diselesaikan selain kerjasama dari pihak semua warga TMTL bagi memajukan dan memartabatkan kampung kesayangan kita (Tabuan Melayu The Legend-TMTL).
 
Akhir sekali, gunakan sebaik2nya kemudahan yang diberikan selain rasa syukur kita kepada yang esa. Mudah2an dengan adanya klinik ini dapat membantu warga TMTL dari segi aspek kesihatan.
 
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1434H 1 MUHARRAM 1434H/ 15 NOVEMBER 2012M
JANGAN LUPAK BACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH & DOA AWAL TAHUN  HIJRAH K..
 
Sekian,yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk ya datang dari kelemahan admin sendirik.
Salam dari admin untuk warga TMTL. Admin sayang TMTL.
 
Created by
ADMIN TMTL BLOG

Jumaat, 2 November 2012

SEMOGA REDHA ALLAH SENTIASA BERSAMAMU-SELAMAT HARI LAHIR


Assalamualaikum.. Entri kali tok adalah berkenaan dengan hari kelahiran.
Dikesempatan tok admin ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada warga TMTL yang lahir pada hari tok 02 November 2012.Semoga panjang umur murah rezeki dan semoga segala urusan diterima dan mendapat pahala disisi Allah SWT.Aminnn...
 
Untuk kesempatan tok juak, admin nak hadiah ngan kitak org warga TMTL beberapa rangkap kata2 khas utk kita org semua Sempena Hari Kelahiran Admin sendirik hihihi..
 
Hayatilah bait2 lirik debah ya k... Salam. 
 

Gambar sekadar hiasan
 
Selamat Hari Lahir

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi



Akhir kata dari admin, teruskan perjuangan anda selagi hayat dikandung badan.. teruskann..

Created by
ADMIN TMTL BLOG

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT